Isnin, Julai 20, 2009

Lemon Rosemarry Chicken Grilled & Instant Mushroom Soup

www.tips-fb.com

Edisi ulang tayang resipi dr dapur lama kedapur baru...utk dikongsi bersama...almaklumlah dapur lama dah dimuzium kan (pinjam kata2 Ain)...bolih kan Ain...hehehe....kalau nak tgk real punya blh tgk kat sini atau kat sini...mesti meleleh ayor lioq punya...hari ni tak main masak2..gantung piuk...ada projek lain....

LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver) Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana.tq Ana...
Bahan:
1 kg ayam/1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering - 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato atau lebih
Baby carrots - guna carrot besar yg dipotong2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..



Share |

8 ulasan:

Chik Mimi berkata...

kak bestnye rosemary ciken tuuuuu

ain berkata...

kak zai...nak tompang makan boleh tak..???? terliur dh ni tengok ciken akak tu.

ain berkata...

kak zai...baru perasan lah kak zai sebut dapur lama dapur baru dr td. apasat ngan dapur lama akak..???

cikmanggis berkata...

zai..kita nak ayam..nampak sangat yummy!

Mamasya berkata...

Salam K.Zai....

Mula2 ingatkan terlepas byk entry sbb tengok berderet2 yg k.Zai masak dan baking rupa2nya edisi ulang tayang....ulang tayangpun tak pa bleh jamu mata lagi terutama ayam bakar yg dok tergolek ni...
re; mamanya yg tak sabar2 nak pakaikan gown utk Syakirah..ha..ha..
servis hops oklah kat sini...puas hati wpun hosp k'jaan.

geraugebang berkata...

Wah, ayam ini sudah lama menjadi idaman hatiku. Tapi entah bila impianku bisak menjadi kenyataan yang mengenyangkan. Kita suka makan ayam besar-besarnya. Boleh patah-patahkan macam orang gua.

Tanpa Nama berkata...

Aduh.. bakar sekor2 cenggitu menariknyer... lapar pulak tibe2.hehe

kucingorengemok berkata...

kau buat ku kata ooo la la la la - nyanyi pada ayam yang terponggeng tu! :)