Sabtu, Ogos 22, 2009

Ayam Masak Padang

www.tips-fb.com

Masak menu ni utk berbuka pada hari pertama berpuasa gak....resipi dr dapur Nur...thanks Nur....tp ayam Padang ni lebihkan kuah sikit...takde modal lah nak citer2 pose ni...injin slow sikit...hehehe..

Bahan-Bahan

1 ekor ayam dibersihkan dan di potong lapan
1 1/2 biji kelapa
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
4 inci lengkuas
cili kering mengikut pedas
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit di siat siat

Cara Cara

1. Semua bahan dikisar halus.

2. Kelapa diperah dan ambil santan cair sebanyak 3 cawan dan santan pekat 2 cawan.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

4. Masukkan ayam digaul rata, setelah itu masukkan santan cair.

5. Masak dengan api yg sederhana, apabila ayam telah masak dan empuk masukkan
pula santan pekat.

6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit.
Share |

3 ulasan:

ain berkata...

sedap ni!!!

blogresipi berkata...

Kena makan ayam padang tuh injin kuat balik kot kak zai..hehe.. sedap tuh.

shima berkata...

salam kak zai..
pekabar? selamat berpuasa buat akak sekeluarga...
lama sungguh x jenguk dapur akak..mcm2 juadah ada...ikshh sedap2 lak tu lauk-puak dia. ermm ayam ni nampak bestlaaa buleh laa try tuk berbuka n sahur ujung minggu ni heheee br masuk 7 ari posa dah pening kepala pikir menu tuk sahur..adeiii