Sabtu, September 05, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai

www.tips-fb.com
Ayam grg berempah serai ni sedap makan panas2...dah ramai kawan2 mencuba resipi ni...beli pun semua bgn peha je...sebab ramai yg berebut tang tu...agaknya nak makan pun senang dan tulang pun satu je..kalau bgn dada ke yg banyak isi mmg tak laku kat umah ni...kadang2 tu beli seekor ayam,bila nak masak dada kena ketepikan dulu...lepas tu baru fikirkan nak buat apa dgn isinya...resipi ni pun c&p dari umah mak yung Hana kat Jepun nun dan resipi asal dr LOvE...macih ye kedua2nya...

Bahan2 yang diperlukan :-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
----------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!
Share |

2 ulasan:

ain berkata...

sedapnyaaa...INsyaallah, klu tak ada aral melintang pukang, hr ni sy pulak nk buat ayam serai ni.hehe

geraugebang berkata...

hu hu hu, sedapnya ayam ni. makan ngan nasi lemak gerau masak semalam mesti ngam.