Isnin, September 28, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes

www.tips-fb.com


kek ni pun hidangan dihari raya gak....kek khas untuk mak bapak budak...budak2 tak pandang kek macamni..mereka lebih suka yg rasa coklat je...kek ni dah pernah buat dulu bolih tgk disini warna pun sama je...lebih suka pd kalor yg ni...bolih ikut kesukaan warna masing2...resipi dr Fida@MyR...hidangan berat2 mcm lontong,rendang,nasi impit dan kuah kacang,sambal sotong lupa nak klik..maklumlah sesibuknya dipagi raya,berebut2 nak buat itu dan ini...


Bahan: - sy guna loyang empat segi
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder (*ummi x letak sb guna tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak (ummi guna 125 gm butter - cairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*ummi letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Share |

9 ulasan:

ain berkata...

sedapnya kak zai..??sy suka tp bdk2 ngan bapak bdk kurengg...so selalunya main beli aje, share ngan adik. tak le membazir nanti!!

Mamasya berkata...

Selamat hari raya k.Zai
cantiknya kek lapis hflakes ni...belum pernah buat kek yg berkukus..
budak2 mmg kek yg gelap..coklat tu jugak yg mrk berkenan.
meriah beraya di rumah k.zai..seronokkan sambut bersama sanak saudara sahabat handai. sempat k.zai buat cc...siap hias lagi...budak2 tentu suka ni.
tat nenas tu cantiklah..

MamaFaMi berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Cantik sungguh kek lapis tu. Mesti rasanya seenak rupanya...

Tanpa Nama berkata...

wah..cantiknya kek tuh bornis tu pon menggodalah..

zai@umiaiman berkata...

colour nyer memang cantik

cikmanggis berkata...

cantik nya kek zai ni..bab lapis melapis ni ..cm gagal jika ada exam..hehe

nor64 berkata...

slm ziarah ummi...ctk kek lapis you tu...akak mmg suke baking2 ni...nanti akak cuba resepi ummi ni ye...

mie3425 berkata...

Salam Aidilftiri, dah lama tak menjenguk di sini sejak Ramadan, kerana sibuk. Teruja juga tengok kek itu kerana saya amat gemar kek berperisa masam manis. Terima kasih kepada blog ini kerana resipi Soto. Saya masak Soto menggunakan resepi tersebut untuk tetamu sempena Aidilfitri.

Cik Bahgia a.k.a Zet berkata...

salam.. z dah try kek ni, tp knp kek yg z wat atas dia x rata mcm yg akk wat?? z nye cam gelembung2 la... ade ape2 petua x???