Isnin, September 28, 2009

Moist Brownies

www.tips-fb.com


Brownies ni salah satu hidangan dihari raya....khas utk kanak2 memang suka dengan rasa kecoklatan ni...mak bapak pun tumpang sama...resipi dr Hanieliza...mmg sgh moist brownies ni...kejap je dah licin...


Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]- sy guna Van Houten cooking choc.
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Share |

2 ulasan:

ain berkata...

haaaa....yg ni baik, mk bdk, bpk bdk dan budak2 mmg sukaaa!!hehe

HomeKreation berkata...

Di sebabkan godaan KZai ni Along pun cuba lah... memang best! TQ promote respi best ni! Kita copy paste je respi tu. TQ!