Isnin, September 14, 2009

Sayur Goreng Campur & Tauhu Telur

www.tips-fb.com

Ni nak perabihkan saki baki sayuran dlm petiais...masukan semua sayuran yg ada sewaktu dgn nya....dihidang panas2 dgn nasi atau diratah pun sodap...krap krup... krap krup.... resipi dr CMG dan diolah sedikit mengikut bahan2 yg ada ...


Bahan-Bahannya :-)

10 - 15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, dititik
1/4 labu brokoli, potong kecil
2 tiub tauhu telur
1 batang lobak merah, hiris nipis
1 biji cili benggala merah, hiris kasar
1 biji cili benggala hijau, hiris kasar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
2 - 3 camca besar kicap cair
Sedikit tepung jagung
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dikupas, belah belakang dan buang uratnya, cuci, toskan dan gaul dengan sedikit kunyit, serbuk lada sulah dan garam. Perap 10 minit. Tauhu telur dipotong sederhana tebal dan goreng hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak bijan. Goreng udang tadi hingga kemerahan, tolak ke tepi kuali. Masukkan hirisan bawang putih, bawang besar dan kacau rata. Gaul sekali dengan udang tadi. Masukkan sos tiram dan 1 camca besar kicap cair dan bancuhan tepung jagung.
  3. Masukkan lobak merah masak hingga lobak sedikit lembut dan masukkan tauhu goreng dan brokoli. Masak sebentar dan gaul rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair. Angkat dan hidangkan panas.....
Share |

1 ulasan:

ain berkata...

sedapnya. mkn gitu pns2 pun sedap kan kak!