Ahad, November 08, 2009

Choco Cheese Muffin

www.tips-fb.com

Ramai yg dah buat muffin ni kan...bolih kata kan popular betullah muffin ni...rasa pun sedap,sbb ada campuran cheese kat dalamnya....aritu npk kat umah Hana,Nor ganu,umah Ika dan ramai lagilah...tu yg terberkenan dan teringin nak buat ni.Buat untuk buat minum petang time cuti hujung minggu ni pekena dgn teh 'O' panas mmg mabeles rasanya...resipi dr Hani Ringo@MyR jom tengok muffin yg mcm valcano sampai tak henggat ni...


Bahan-bahan

  • 140gm choco chip
  • 100gm cream cheese
  • 80gm butter
  • 2 biji telur size M
  • 60gm gula
  • 100gm tepung gandum
  • 2sk baking powder

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke 180℃.
  2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
  5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.
Share |

6 ulasan:

ain berkata...

kat umah ada cream cis, ada gak coco chips, bila ler nak ada mood nk buat. hehehe. mintak akak punya je la.

LOVE2COOK berkata...

Wow, cantik muffins akak! Mesti sedap nih! nakkkkk! hehehe :)

indahhouse berkata...

Salam kak,
fuyoh. memang berapi tu. tinggi ya kak? yang saya punya dlu, tak tinggi cenggini. thumbs up!

CT Delima berkata...

a'ah..ct pun suka tgk muffin k.zai ni..bak leh seketui dua hehehe

Sheila berkata...

nak cikit seketul dua ade lg ke..nyam nyamm ice muffin k.zai ni

Watierman berkata...

Wah...mengancam muffin tu Zai...hrmmm!!! Nak seketul boleh tak???