Isnin, November 02, 2009

Stuffed Tofu

www.tips-fb.com
Ni salah satu sajian ringkas yg diminati dan juga berkhasiat...makanan yg berasaskan tauhu ni mmg digemari dr azali lagi...tak kiralah masak apa pun...resipi ceduk dr dapur Amal tokeh kek kat Alor star nun...sedap tauhu ni cicah dgn sos atau makan begitu saja..

Bahan-bahan :

* 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
* 2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - tak letak pun ok
* 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
* sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
* 1/2 sdt serbuk lada hitam
* 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
* 2 helai daun bawang (dihiris)
* 1 sdt lada sulah
* garam secukupnya
* 1 biji telur (dipukul sedikit)
---Kmal letak daging cincang sikit..
Cara-cara :

1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
4. Hidangkan bersama sos cili.


Share |

1 ulasan:

ain berkata...

rasanya menu ni tgh popular sekarang ni!! sana sini dh cuba membuatnya!!! bila le turn saya pulak ekh..???hihi