Ahad, Disember 27, 2009

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

www.tips-fb.com
Ayam panggang pokcik Kenny ni buat semalam..tp tak sempat nak posting..pada tegahari tu gi tgk anak kawan kahwin kat Keramat dan balik tu terus bakar ayam ni utk dinner plk... mmg sedap digandingkan dgn mashed potato kat bwh tu...akak buat sekor ayam,tapi belah dua bagi dia garing sikit tang dada tu bila dipanggang,dan letakkan berasingan sebelah menyebelah masa memanggang...resipi asal dr MyR..tapi cilok dr dapur Hana je...tq hana...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Share |

5 ulasan:

ain berkata...

kak zai....nak separuh ayam kenny rogers tu!!!! terliur dah ni!!

UmMi 3A/TintaCyber berkata...

wah...sedapnya..gebunya paha ayam tu berposing....menggancam betul kak Zai...

Tanpa Nama berkata...

bile kite nk dapat stok ayam ni... geram tgk ayam kenny akak ni la...:)

MamaFaMi berkata...

Bilalah agaknya ayam Kenny Rogers ni nak wujud kat rumah ma ni ye? Mmmm.... tadi gi pasar, dah tersuruh pakcik tu potong ayam kecik kecik pulak... mm.. tak pe, next time plan betul betullah... bila tu? Usah ditanya... hihihi

SITI HAJAR MEGAT FAUZI berkata...

salam kak zai...sy mahu cube wat aym nie today..hehehe...smoga jd la cm kzai wat..huhuhu