Jumaat, Disember 11, 2009

D'Styled Baked Macaroni and Cheese

www.tips-fb.com
Hari ni tak makan nasi sbb Hb satu hari tiada dirumah....malas plk nak renyah2 didapur...layan baked macaroni je...lagi pun balance makaroni aritu ada lagi...kalau Hb ada kena masak nasi dan lauk gak,sbb dia tak berminat dgn makanan cenggini...dia tekak owang melayu..akak dan anak2 je yg suka layan makanan macamni....jom tgk hidangan dan resipi dr dapur Diana yg fofular ni...dah lama "D" tak update blog nya,rindu plk nak tgk menu nya yg terkini..mungkin dia sibuk kot..harap 'D' sihat ye...nampak resipi ni panjang berjela,sbb 'D' byk bagi petua kat sini...tapi nak wat senang je..tak susah bagai disangka...akak wat ni pu mengikut bahan2 yg ada dirumah je...byk yg dipotong,jimat kos...hehehe...


Bahan-bahannya
(Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow

Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang - guna daging kisar jenama Ramly
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce - guna 2 tin
1 tin cendawan butang, dihiris - x letak
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis - x letak
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa - x letak
serbuk perasa jika suka

Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut - guna sliced cheddar cheese
600ml susu segar
250 ml air - air agak2 pekat je
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut - guna yg dah siap dlm peket



Cara-caranya

1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.

Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..
Share |

3 ulasan:

blogresipi.com berkata...

Salam kak zai,
nak maaroni cheezy meezy tue jugak! :)

Ummu Thaqeef berkata...

saya suuuuuuuuuuuuuka sangat yg ini! (^_^)

Sueozana berkata...

Important:
Salam.
Kepada semua follower Kak Sue (Sueozana- blog Colours of Life);Di atas ada disertakan link baru kak sue. Maaf kerana blog lama mempunyai masalah teknikal. Jadi, kak sue terpaksa berpindah ke tapak blog baru seperti link di bawah(pos lama juga telah berpindah ke blog baru)
tq.wslm

http://thecoloursofmylife-sue.blogspot.com