Rabu, Disember 09, 2009

Double Chocolate Muffin

www.tips-fb.com

Muffin ni buat masa cuti aritu untuk minum petang...sedap dan rasa lemak yoghurt...makan panas2 mmg best...tapi tak letak choc chips,sbb dah kehabisan stok...dan bagi sikit pada jiran untuk depa buat minum petang gak...resipi ceduk dr dapur Diana

Bahan-bahannya
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
¾ cawan gula perang (resipi asal gula kaster)
¼ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yoghurt plain
½ cawan susu coklat (resipi asal susu putih)
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan coklat cip

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, bicarbonate of soda dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.
Share |

5 ulasan:

Watierman berkata...

Menggunung baik punya muffin mu itew..Akak tergoda you!!!

atie @ ejay berkata...

nape ati punya muffin mesti hangaus skit kt bwh..kdg2 gna api 150 je

CT Delima berkata...

ct memang suka makan muffin ni k.zai. tapi anak2 lak dah jemu coz ct rajin wat muffin.

Tak per k.zai bagi kat ct jer lah ya hehehe. cantik muffin tu :-)

UmMi 3A/TintaCyber berkata...

kak zai nie...mmg minat coklatkan?...sedapnya muffin coklat nie..tinta tak pernah buat lagi...one day shud try this resepi..:)

mummy berkata...

yum yum, mufin chocolate mummy favorite ni..... nanti week end mummy nak buat lah..... :-)D