Jumaat, Januari 22, 2010

Chocolate Custard Muffin

www.tips-fb.com

Harini ada acara makan2 sikit bersama keluarga...buatlah muffin sikit,pulut kuning & rendang dan nasi lemak..muffin ni separuh bhgn bubuh almond dan separuh bhgn kosong je...kdg2 budak2 ni tak suka yg berkacang2 kat atas tu...resipi ni cilok dr dapur Nor@Secubit Garam...mmg lembut dan gebu sgh muffin ni...Nor kata resipi asal dr umah Cikwan -- Hana -- Ika -- Nor..pastu berjangkit plk kesini...Nor kata jauh perjalanan tu Taipei--Jepun--Siam--Ganu Kite--KL...lepas ni kemana yer...tak rugi mencuba..sedap tau...tima kasih semua...

CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack) ~ no stock, k.nor ganti dgn gula perang
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate ~ k.nor guna cooking choc biasa
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna* ~ no stock jd guna tepung gandum biasa jer
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


# ni utk peringatan K.Nor di kemudian hari bila nak buat lagi muffin ni..
  • kurangkan gula dlm bahan B dr 50gm kepada 40gm
  • esen vanila boleh digantikan dgn 1/2 sk nescafe
  • potong cooking choc kecik2 utk mudahkan ia cair


Share |

4 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam KZai
Macam best jee resipi ni...Ada masa boleh cuba ni..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Huh tu dia..jauh berjalan muffin ni..dah sampai kat umah kak zai pon.hehe.. cantiknye muffin akak tue.. cups pun cantik2 :)

nurmisnan berkata...

syok sebenarnya buat blog masakan ni.. cuma nur kurang bijak membuat kek2. makan memang bijak. hehehe

anyways kak zai memang sedapp.. nur kena buat ni coz anak suka sangat muffin.. thanks kak zai and keep smile

Hajar berkata...

salam kak zai...waduh keterujaan nak mencuba resepi ni meluap2, tapi keterujaan nak makannya lagi membuak2...penat menelaah resepi2 kat umah kak zai, semua bestest..menitik ayo lior teringin semuanya..huhuhu