Khamis, Mac 11, 2010

Ayam Masak Gulai Kampung

www.tips-fb.com

Menu arini...selalu gak masak ayam mcmni..sedap rasa ala2 ayam masak kelio...cicah dengan roti pun best...bila dipanaskan keesokan hari lagi sedap...teringat arwah mak selalu masak mcmni dan kadang2 masak ganti dgn daging pun sedap...bila ada kenduri kendara,selalu menu ni jadi menu utama.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
2 1/2 cawan santan
5 cm lengkuas (ketuk)
3 batang serai (ketuk)
3 cm kunyit hidup (kisar)
3 cm halia (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 tangkai cili merah (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
5 biji buah keras (kisar)
2 keping asam gelugur
4 biji kentang (belah dua)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 helai daun kunyit

Cara menyediakan:
  1. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam,lengkuas,serai dan daun kunyit.
  3. Gaulkan rata sehingga ayam kecut.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kentang.
  5. Setelah kentang empuk masukkan asam gelugur dan garam.
Note:
kalau bolih biarkan kuahnya cair.Kalau pekat dah rasa rendang pula.
Share |

7 ulasan:

fuzidss berkata...

salam Kak Zai.. teringin bonar nak makan ayam kampung ni...salam pengenalan dari saya Dayang Sophia from shah Alam:)

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Alamakkkk terliur love tgk kari ayam style nih! Nak kena try! resipi masuk list! ;)

openid berkata...

Uish,sedappnye kak zai! teringat ringat kat ayam pencenku di dalam esbok inun. huhuhu

Ijan

ain berkata...

salam kak zai...lauk ni mmg fav saya n adik2. lg2 klu mak yg masak. mmg terangkat, pas tu guna ayam tua. fullamakkk!!!!

cikmanggis berkata...

salam kzai..apa khabar?lama tak singgah ..macam-macam ada.Kena ronda-ronda ni cari mana yang berkenan dihati:)

Datin El berkata...

salam kzai..kite pun suka lauk ni..sedap..ada pulak sambal belacan mmg best

umi hannan berkata...

sedapnyer!! lauk feberet..tapi xpandai mmemasak sedap sgt..jom jalan2 tgk blog saya http://abiumihannan.blogspot.com