Selasa, Mac 23, 2010

Roti Kismis Gebu

www.tips-fb.com

Sana sini owang meroti...mana bolih nak pandang jer kan..nak juga berekspirimen macam mana kegebuan roti ni...tapi bila dah buat mmg tak mengeciwakan...mmg gebu,lembut...bubuh kismis lebih sikit...pagi tadi pun nampak loti ni kat umah Ika...Ika kita sama2 makan loti yer..biasalah resipi dr dapur CMG kat Sedenak tu..tq Che Mat kongsi resipi...


BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) kita guna butter
50 g kismis1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...





Share |

2 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Kak Zai....nak loti jugak!!! tepung dah abis...!!! makan Gardenia jer lah nampaknya...psst golek mai sebijik dua!

TopsyTurvy Mum berkata...

K Zai..saya ada sikit musykil :)

saya cuba buat resepi roti2 CMG..tapi semua tak jadi..frust la k zai..

biasa buat doh pakai BM jer..bakar kat oven..tak berapa gebu/lembut. saya suspect masalah pada sukatan bahan.
saya pakai sukatan standard OZ. pakai cwn ngan sudu sini(beli). boleh k zai bagitau k zai buat sukatan tu pakai sudu yg buat makan biasa ke yg khas ke..cwn pun..

fuhh..pjg lebar hehehe...thanks kzai :) c