Isnin, Mac 08, 2010

Strawberry Cake

www.tips-fb.com



Dah lama gak tak mendeko ni...Kek ni pun tolong buatkan utk kawan ofis nak menyambut hari jadi nya pada minggu ni...dia pun tak kisah apa pun jenis kek...acara potong memotong kek ni diadakan didalam ofis...resipi ni ceduk dr dapur CMG...tq...ramai gak yg dah cuba resipi..yg terbaru npk kat umah Ijan kat Finland semasa hari ulang tahun perkahwinan nya...resipi update kemudian yer..nak titun dah ni..mata ngantuk..


Resipi Kek Strawberry

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie fillig

Chocolate curls (gantikan ngan chips)
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice ( i guna kepingan badam yg dibakar)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba..



Share |

1 ulasan:

FiDa@aMiDa berkata...

salam kak zai lawa deco kek strawberry tu :) sure sedap