Ahad, April 25, 2010

Rich Marble Choc Cake Sheila Mambo

www.tips-fb.com
Bukan main glamor nama kek ni kan...seglamor mcm tuan empunya resipi....dah ramai yg cuba wat kek ni...mamafami pun dah cuba gak kan...kita pun tak terkecuali nak cuba gak ni...buat kek ni semalam...mmg kena dgn namanya yg Rich...resipi amik dr dapur Kacip...kacip plk amik dr fb Sheila...tq keduanya...

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!


Share |

5 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Wallaweiiii cantiknya belang kek KZai... menangis kuda belang tengok belang kek ni lagi cantik dari belang dia! Hiihi... sedap kan kek ni....

ima berkata...

salam kak zai...emmm nampak sedap dan cantik marble kak zai ni...ima belum cuba lagi resepi nih...nnt ada kelapangan bolehlah imaa cuba pulak...

Zainab berkata...

Cantiknya Belang kek ni.

http://zainabismail.blogspot.com/

Nor Aishah berkata...

cantik betul belang kek ni.. saya klu buat kek ni mesti belang dia tak cantik sgt...

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Hi KakZai, hru doing dearie???

Owhhhh, as usual ur cake is simply superb! irresistible! cantikkkkkk marble! mintakkkk ;)