Untuk doh pie - Akak buat setengah adunan je
- 500 g tepung gandum
- 200 g mentega
- 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
- 250 g gula halus
- Ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
- Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Untuk peach tart
- Tempek2/canai doh pie dan letak kat dalam acuan yang dah dilengser dengan butter.
- Potong peach dan susun2 dalam acuan tadi dan taburkan sedikit gula.
- Bakar pada suhu 170C selama beberapa ketika/sehingga nampak keperangan (lupe plak nak tgk masa.hehe).
- Rasanya kalau spread vanilla cream dulu pastu susun peach kat atas doh, pastu bakar lagi sedap kot. Kite tak buat pasal stok vanilla cream yillek.
3 kuning telur
1/2 cawan gula kastor - kurangkan gula sbb agak manis
2 tsp esen vanilla
1/4 cup tepung jagung
2 cawan susu
Buat custard dulu: whisk kuning telur, gula kastor dan vanilla dalam mangkuk. Campurkan tepung jagung sambil whisk lagi. Perlahan2 masukkan susu 1/4 cawan dalam satu masa sambil kacau sampai susu habis. Masak atas api sederhana sampai kental. Sejukkan.
2 ulasan:
salammmmmmmmmmm tuan rumah.. :D
Sedappp nyeeeeeeeeeee.... wat banyak tak?? bak seketul... :D:D
mmmm.. menjadikkk.. cantikkk.. marbelous.... :P
salam kak zai...hari ni kita free, so singgah umah akak nak peach tart. ada lagi tak..???
Catat Ulasan