Ahad, Jun 13, 2010

Roti Jala - Resipi III

www.tips-fb.com
Hari ni paling tension betul bila nak letak n3...tak habis2 tnet ni buat hal...mcm biskut..kejap ada..kejap takde...ni bersiaran dr umah sbb arini cuti2 mesia...roti jala ni dh wat hari sabtu baru ni utk minum ptg...resipi dr dapur ummi,resipi asal dr Herdawaty Abu Othman @MyR dan cara2 menjala dr cetusan ilham dr dapur Maz...wat menjala kalor2 plk dan makan dgn kari sardin je...yg ijo ni anak2 takut nk mkn plk...mcm2 budak2 ni bila tgk yg pelik2...takleh bebel lelama nanti tnet ni hilang plk...nk ronda2 kat dapur kwn2 pun susah...lagi tension...tq semua..

ROTI JALA (PERISA PANDAN):
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
  • beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)
Cara-cara :-
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.
# Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.
NOTE:
Kepada kawan2 yg bertanya tentang mcmana acuan dan mcmana cara nak buat roti jala bolih lihat kat sini untuk cara menjala dan kat sini mcamana acuannye...bahan2 mudah didapati dirumah dan di modified sendiri....hehehe...terima kasih byk2 kepada penciptanya dr Maz@Ilham dapur...akak minta izin pd Maz ye utk tunjukan disini...cubalah utk kelainan..selamat mencuba!!!!!
Share |

5 ulasan:

~ Ibu ZAAZ ~ berkata...

cantiknya roti jala tu. nampak sedappp sangat.

ain berkata...

betul kata ibu zaaz tu, cun betul roti jala akak. sama je semuanya!

yusparisa berkata...

betul, cantik betul roti jala tu, acuan apa yg akak guna?

ima berkata...

salam kak zai...yelah akak,cantik sungguh roti jala akak tu...dengan warnanya dengan saiz dan coraknya..memang menawan...

FiDa@aMiDa berkata...

kak zai..kalau tak silap kat kedai daiso ada jual acuan ni siap ada lubang atas dia (3 jalur) so just potong je lubang ikut sesuai besar or kecil..then picit je botol tu..