Ahad, Julai 25, 2010

Shabsuka

www.tips-fb.com

Maaf lah ye sbb tuan umah tak sempat nk berkata2 sebelum letak resipi ni .. dh sedia maklumlah kan ... tnet kt kwsn sini mcm biskut ... malam tadi tgh syok2 upload gambar dan letak resipi cepat2 sbb dh tau kejap lg line akan hilang ... mmg betul pun .. sib baik sempat letak gmbr dan resipi je ... cam tak best plk tak citer resipi amik dr mane kan .. nk ucap tima kasih gak kt tuan empunya resipi atau kt mane kita c & p. .. tuan tu pun nk glamer gak keputusan dr resipi dan dr mane dia sekodeng kan ... tak baik lah kan .. kita kena hargai usaha seseorang tu kan ... kalau kita tak sebut nama nye kan ... mcm bersalah je rasa nye .. . Ini pun sambung bersiaran dr ofis ... nak upload gmbr kt ofis mcm tak selesa je kan ... ok lah resipi ni dh lama gak keudara ... biasalah tuan umah ni mmg sll terlambat sokmo ... resipi keputusan skodeng dr dapur ayu S'pore dan kita c & p dr dapur Nur yg dok kt S'pore gak ... mereka ni dh byk kali wat benda ni ... bila dh repeat mestilah sedapkan ... mmg sedap ponnn ... mungkin menu asal dr Mediteranean kot ... wat utk minum ptg ... mkn dgn roti perancis atau roti biasa ... mkn cam tu je pun sedap gak ... tima kasih semuanye ...

Shabsuka

Bahan2:
500g daging lembu kisar atau daging dihiris
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar halia kisar
4 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji toamto dipotong dadu
1 cawan sayur campuran
1 tin tomato puree size sederhana - akak letak 2 sudu je
4 sudu besar tomato sos
1 / 2 -1 sudu besar gula

1-2 cawan air
garam & serbuk perasa

Bahan untuk taburan: -

2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
sedikit daun ketumbar atau daun sup
1-2 lada merah dihiris halus
1-2 lada hijau dihiris halus
2 sudu besar bawang goreng-optional
6 biji telur

Cara-cara: -
Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3 / 4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotong dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya .. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.

Cara menyediakan dan menghidang shabsuka: -
Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar / sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selama 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar / panggang)


Sources:-From www.resipi.net

Share |

4 ulasan:

Suzi berkata...

salam kak zai...cam menarik je shabsuka ni...blh try...

Ayu berkata...

salam kzai,
wah bestnya nampak shabsuka kat sini..betul tu kak, kalau sedap memang berkali2 buat..hehe..

thanks kak glas you like it..

Watierman berkata...

Salam KZai....wah dah umur dekat setengah abad lately ni baru jer dengar perkataan Syabsuka.....nak makan lagilah suka kalau ada yang tolong buatkan!!!Tengok pun dah meleleh air liur !!!

indahhouse berkata...

Salam kak zai,
Wah... nampak sedapnya! ramai sungguh org buat shabsuka ni. saya jg yg blom try. sedap makan ngan roti,kan?