Isnin, Julai 19, 2010

Bubur Nasi & Sambal Getuk II

www.tips-fb.com
Masa cuti minggu ni pun tak masak berat2...cuma wat bubur nasi je..dah lama tak pekena dgn bubur nasi dan sambal getuk ni...enak banget sambal getuk ni wat pedas2 sikit...anak2 memang suka kalau dibuat bubur macam ni...lagi senang tukang masak kat dapur...berulang2 makan mmg best...dah pernah wat dulu...boleh tgk kat sini juga...tapi sambal getuk kali ni main masuk blender kering je nak cepat..malas nak tumbuk2...senamg keje mokcik kantin...


Bahan-bahan - Sambal Getuk
  • ikan bilis
  • cili padi ~ belah dua
  • belacan ~ nak sedap bakar dulu
  • sedikit gula ~ jika suka
Cara-cara
  • Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
  • Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
    Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
    Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
  • Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap


Bahan-bahan- Bubur Nasi (kali ni tuan umah wat bubur biasa je)
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah- xde
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit minyak bijan- x buh!
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk- wat sambal getuk!
  • telur masin
Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....(jgn tak tau org Batu Pahat! hehehe aku ler tuh! :D n yg seangkatan denganku k.zana,kak.G,anawahid....)
Share |

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waaaa.. itu sambal getuk.. sedapnye...! memang bessshhh makan dengan bubur nasi ni kak zai. yummm yummm... :)

Ijan

hana berkata...

pakej yg cukup lengkapp! udah terliur nihhh! adehhh pose plak tuh! huhuuu sabo sabo......

Sally berkata...

Salam kak..sedapnya..senang jer rupanya nak buat sambal getuk ni..boleh la cuba ni.

Ayu berkata...

salam kzai,
hari tu ada buat bubur, tapi lupa pulak nak buat sambal getuk ni..
termiss pulak..