Ahad, Ogos 08, 2010

Chocolate Cake Triffle

www.tips-fb.com
Sebelum bulan Puasa hampir tiba ni...lagi macam2 godaan dan ekspirement nak dicuba...mana yg dah dlm list rasa nak try semua...ni nak menghabiskan seketul cheese dlm petiais takut expired plk...bila tgk semua bahan2 ada,projek pun jalan lah...sedap choc triffle ni makan sejuk2...mcm biasalah...resipi dah lama intai kt dapur Hana...resipi asal dr dapur Rox@TTM..dak Hana dah modified sikit resipi ni..mcamana pun tima kasih pd kedua2 nya...

LAPISAN PERTAMA
EGGLESS CHOCOLATE CAKE@ mana2 kek coklat
Source : Ijan@blogresipi.com

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung gandum
  • *1/2 sk baking powder
  • *1 sk soda bicarbonat
  • *6 sudu makan serbuk koko
  • *3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak sayuran - hana buh 1/4 lebih skit je
  • 1/4 cawan air panas + 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sk esen vanila
Cara-cara
  • Panaskan oven 170darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter. (hana gune mangkuk tahan panas). Ketepikan.
  • Ayak bahan2 yang bertanda *. Sebatikan.
  • Masukkan semua bahan2 lain satu persatu dan sebatikan.
  • Pukul semua bahan menggunakan mixer lebih kurang 2-3min sehingga semua sebati. Jangan over mix yer!
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30min. Sejukkan.

LAPISAN KEDUA - aku cadangkan wat setengah adunan dr resepi dibawah nih utk kek di atas coz kek tuh kecik. tp klu kek beso, wat satu adunan yer! sedap yg nehh!!
Source : TTM@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2/3 cawan tepung jagung
  • 1/3 gula castor
  • 21/2 cawan susu segar
  • 200g dark chocolate
Cara-cara
  • Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
  • Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
  • Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
  • Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
  • Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.

LAPISAN KETIGA - kalau tak nak buat pong xpe! sbb pd aku dah ok dah! tp tk nama trifle la gtu kan! - aku buat 1/2 adunan dari resepi di bawah.
Source: TTM@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 150ml thickened cream - aku gune whipping cream
  • 1 sk parutan kulit lemon@oren - nih aku tambah
Cara-cara
  • Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
  • Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.
  • Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.
  • Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate.
Share |

5 ulasan:

fara dean berkata...

Salam kak..
kalau saya cuba bole? kotla terajin nak buat ptg ni..sodapp ni!

Jasmeen HomeDelight berkata...

Salam ramadhan utk KakZai & Family...
Mohon Maaf andai ada kekhilafan sepanjang tahun..
>JHD & Co.<

Tanpa Nama berkata...

Salam kak Zai,
Sedapnya kek trifle tu kalau buat berbuka... :)
Selamat berpuasa buat akak sekeluarga ya :)
Ijan

ijayuji berkata...

Salam kak zai cayang! salam rindu dr kita kat sini yg dah mcm org kurenggg jerr ni hihihi..selamat menyambut ramadhan buat akak sekeluarg dr kita d sini yg akn menyambut puasa hari khamis :D tp mesia dah raya dulu baru thai huh!

Deliah's Deli berkata...

salam ramadhan kzai...x brani nak tgk triffle tu lelama..sedap sgt3x!! :p~