Jumaat, Ogos 06, 2010

Kek Pisang Lembap

www.tips-fb.com
Sebelum masuk bulan ramadhan...meh tgk kek wat utk minum petang ni...kena tayang dulu kek2 ni...yelah masa bln posa nanti...kek2 mcmni dah tak pandang lagi kan...jom tgk resipi dr CMG...sedap kek ni...lembut dan moist...bukan mcm beli kat kedai tu tau...yg ni lembut banget...

BAHAN-NAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....
Share |

4 ulasan:

pearl apple berkata...

ermm sukanya makan kek..thanks for this tips..t nk blik try kat umah

Ayu berkata...

salam kakzai,
kita bekenan dari loyang, hingga kepinggan hingga ke bunga ros hingga ke kek..semua nak lah..pakaliaw!!

Deliah's Deli berkata...

salam kzai...sekeping..sekeping x perasan abis seloyang-ooopsss!sorry org lain x dapat dah :D

CatlinaFly berkata...

salam kak, sy dah review..jgn lupa letak badge ye..

makanmakanbycatlina.blogspot.com