Sabtu, Oktober 09, 2010

Ayam Masak Kuzi

www.tips-fb.com
Dah lama mencari resipi ayam masak kuzi yg sedap dan ada kelainan sikit...nilah resipi hasil dr men'google'...mmg sedap banget...sbb ada bahan bawang goreng yg ditumbuk...tak rugi mencuba,walaupun bahan2nya agak lebih sikit...kuzi ni lawan kan dgn nasi beriani jus oren kat bawah tu...mmg sedap banget...resipi amik kat sini...dan resipi asal dr try masak...

Bahan2 :

1) Ayam (500g)
2) Kismis Hitam (1 cawan)
3) Kacang Tanah (1 cawan) - akak guna biji gajus
4) Sos Tomato (2 sudu besar)
5) Rempah Kuzi (2 sudu besar)
6) Minyak Sapi (2 sudu besar)
7) Susu Cair (1/2 tin)
8 ) Bawang Besar – dhiris nipis (3 biji)
9) Bawang Merah (4 ulas)
10) Bawang Putih (2 ulas)
11) Halia (5 hiris)
12) Garam (secukup rasa)



Cara masak :

  • Goreng hirisan bawang besar hingga garing.
  • Tumbuk hancur 1/3 dari bawang besar goreng, diikuti dengan hirisan halia. Masukkan sedikit garam.
  • Gaul sebati bahan ditumbuk bersama ayam. Perap dan ketepikan.
  • Goreng kacang tanah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng kismis. Angkat dan ketepikan.
  • Tumbuk hancur bawang goreng yang selebihnya.
  • Di dalam mangkuk, campurkan bawang goreng tumbuk dengan susu cair dan sos tomato.
  • Cairkan minyak sapi. Tumis bawang putih dan bawang merah (dipotong kasar) hingga agak garing.
  • Masukkan rempah kuzi yang dicairkan bersama sedikit air. Biar hingga pecah minyak.
  • Tambah air dan biar mendidih.
  • Masukkan ayam. Biar hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
  • Masukkan campuran bawang goreng bersama susu dan sos tadi, kismis, kacang tanah (dibuang kulit), dan bahan-bahan perasa.

* aku pakai gajus yang dalam peket tu, senang kerja and lagi sedap aku rasa…

~ Nyummm!

Share |

7 ulasan:

mamawana berkata...

Salam..

Sedapnyer. Saya nak cubalah. Tq for sharing the recipe.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam kak zai..xpernah masak ayam kuzi nie..sedap yer akak?

Deliah's Deli berkata...

salam kzai...dah cnp resepi tp bila plak nak bt eyh...apepon masok list dulu :)))))

ima berkata...

salam kak zai...

nampak pun dah sedap ayam kuzi tu...kalau pekena dengan nasi beriani kat bawah tu lagilah terangkat...hihihi

kak zai,nak tanya sikit...masa bila nak masukkan oren sunquick tu kedlm nasi...

Ayu berkata...

salam kzai, rempah kuzi tak pernah jumpa pulak kat spore ni..
kalau masuk jb nak try cari lah..nampak macam best gitu, since akak cakap sedap..teringin pulak nak rasa..

Khai Adry berkata...

salam ..... wah sedap nyer ayam masak kuzi tu terliur gak saya tengah2 ari ni ...... so nak cuba lah..... wasalam

Harmizi Hashim berkata...

Sedap sangat ker kuzi?