Jumaat, Oktober 22, 2010

Banana Caramel Poundcake

www.tips-fb.com
Kejadian pembakaran ni waktu pagi...sementara mood masih segar dan kulit pisang pun masih belum lebam lg...godek2 lah kek yg tingin nk wat ni...sbb ada kelainan sikit...tak perlu guna mixer..main kacau2 dan tuang je...resipi dr Yani@MyR...memula dulu tgk kt dapur shima UK...tu yg kobar2 semangat nk wat tu...sedap dan akak kurangkan gula...akak wat dua adunan...kalau satu adunan npk mcm sikit sgt....blh wat utk minum petang ni...thanks yani...


Bahan-bahan ( [7X5X20] cm )

  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 90g gula- akak guna 65 gm gula
  • 50ml minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 biji pisang (besar)
  • 30g , 1 sudu besar guna, air
  • 2 sudu kecil air

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Pisang
    Potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.
  3. Pisang2
    Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
  4. Pisang3
    Masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati
  5. Pisang4
    Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
  6. Pisang5
    Bakar dengan suhu 180c selama 35 minit.
Share |

7 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam kak zai..atie dtg nk tapau kek yg...sedapppp tuh!

anymz berkata...

ada lagi kek ?datang nak tapau je..hehe

Lin Rosly berkata...

Hehehe Kalau Semua Nak Tapau Apa Yg Tinggal....Nampaknya K Zai Kena Buat Lebih...

Deliah's Deli berkata...

salam kzai...apa2 bkaitan pisang mmg fav ku..yummy!! :p~

Chik Mimi berkata...

kak zaiiii nak cake heheheh akak sihat ke?

Ayu berkata...

salam kzai,
banana pound cake namapk sedap lah..
boleh masuk list lah..

ijayuji berkata...

Salam kak zai! sedapnyer banana pcake akak ni ada caramel mesti sedap! bau dia mesti harummmm, suke betul bau pisang yg kena bako2 gini :D