Khamis, Disember 16, 2010

Biskut Koko Rangup

www.tips-fb.com
Teringin sangat nak makan sekut ni bila nampak tayangan amal...dah lama gak tak mengukis...sll time raya je kan...wat kudap2 depan tv mmg mengasyikan ni..mata pandang tv dan tangan plk mengerok balang...sedar2 dah tinggal habuk je kan...jom layan resipi dr Yani@Myr dan akak c&p dr dapur Hana...akak pun wat 3 adunan gak mcm hana...Hana makan sekut ni masa ngegel2 salji turun...akak makan sekut ni masa ngegel2 hujan turun..mmg hujan seharian hari ni pun...kain jemuran pun tak kering...ape2 pun tima kasih semua...

RESEPI BISKUT KOKO RANGUP
by : kak.yani myresipi
olah 3 adunan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan (size loyang 20x20cm)
  • 150g mentega tanpa garam- hana gune butter biasa je
  • *210g tepung
  • *40g serbuk koko
  • *120g gula perang
  • *1/2 sk serbuk kulit kayu manis
  • *1/2 sk baking powder
  • *1/4 sk garam @ secubit

Cara-cara
  1. Potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven paper.
  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul seperti breadcrumbs.
  3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
  4. Bakar selama 25-30 minit.
  5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
Share |

4 ulasan:

mamawana berkata...

Dlm resipi ada serbuk kulit kayu manis. Tu yg special tu. kena try buat nih. Tq laling for the resipi.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam kak zai.. akak sihat? lama tak sembang2 ngan akak..

dah lepas2 raya kalau buat biskut mesti laku... kalau time raya ada byk biskut lambat habisnya... btl kata kak zai.. sambil tgk tv mengunyah biskut sedar2.. tinggal habuk je.. hehe...

fara dean berkata...

salam kak..
mkn ni smbil berblogging..confirm 1 balang dah abis pun tak sedar..

Chik Mimi berkata...

wah dah smpi sini ye kak sekutnya mmg teruja nak buat ni