Jumaat, Januari 14, 2011

Mihun Masam Manis

www.tips-fb.com
Selalu masak mihun biasa2 je...hari ni teringin nak masak masam manis plk...kadang2 tu buntu gak nak wat sarapan atau minum petang...kalau angin "M" dah datang..jawab nya main tunjuk2 jelah kt gerai bawah pokok kat kwsn umah akak tu..kat situ mmg segala neka kuih mueh dan mee segala bagai ada dijual...kena sediakan ongkos je lah..sedap2 gak kuih mueh disitu,tapi harga ada mahai sikit lah..lagi pun saiz kuih comel2 belaka..takde yg gedabak2...kena makan 3-4 biji baru terasa...di sbb kan sng dapatkan bekalan tu yg jadi pemalas bila nk wat kuih2 ni..ahli umah pun bkn nye ramai sgt...ooh lupa resipi mihun ni akak amik dr dapur Ummi..sedap mihun ni rasa masam manis sbb letak air asam jawa tu...tq ummi akak letak resipi kt sini plk.

Mihun masam manis
Sumber: Ummi @Home Sweet Home
Dirujuk: Teratak Impian
  • 1 paket mihun (*ummi guna cap Terung) - rendam dan toskan
  • 1 ikat sawi - kerat 2 inci
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 200 gm daging - dihiris nipis
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 camca besar udang kering - rendam air panas dan tumbuk
  • 1 paket fishball - belah dua (optional)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 4 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar kicap cair
  • 1 - 2 camca besar kicap pekat
  • 3/4 cawan air (cukup untuk melembutkan mihun)
  • 1 camca besar gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan kacau hingga agak garing dan wangi. Masukkan pula cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. Biar daging empuk.
  3. Masukkan semua sos dan kicap serta fish ball, kacau lagi.
  4. Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan sayur-sayur dan mihun. Kacau balik hingga rata.
  7. Bila mihun telah lembut, tutup api dan hidangkan bersama telor dadar, cili merah potong dan daun bawang yang dihiris halus.
Share |

6 ulasan:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Salam Izai, bunyi macam cite P Ramlee aje, tapi tengukkan rupa tu rasanya memang sedap. Bolehla buat minuman petang ari,ini. Kena pula petang sabtu ada cite Hindustan sedap kena dengan kopi O panas.

Deliah's Deli berkata...

salam kzai...sedap nama mihun ni..serta merta perut bkeroncong :)

Mas berkata...

menariknya nama bihun tu,gerenti sedapp ni...tengok jer dah tergoda...

Ummi berkata...

Salam k.zai...hehee, sedap eks...tq for trying...sesekali kita lari dr goreng yg biasanya pedas, berkicap gitu kan...mintak sikit, nak rasa air tgn k.Zai tuh..

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
nak jugak yang masam manis tu buleh??? hehehe... sini bihun tadak jual. :(
Ijan

Iris Kitchen berkata...

salam.. kita ada tag awk.. jemput2 la ke rumah ye...;)