Rabu, Januari 12, 2011

Tub Tim Grob (Red Rubies)

www.tips-fb.com













Tekak ni teringin sangat nak makan dessert Thai ni...mmg feberet dan susah jugak nak dapat kat sebarangan restoren Thai,blh tahan gak harga semangkuk...buat sendiri lagi puas makan...tapi tu lah kadang2 susah plk nak jumpa si buah sengkuang China ni..cari punya cari,jumpa kt satu supermarket.Selalu nya buah ni dibungkus dgn net merah,mcm net bungkusan bawang tu...resipi ni google punya google...terjumpa resipi dr Mat Gebu@MyR..tak tahu plk kt MyR ada resipi ni...ramai juga yg dah mencuba... dan terjumpa plk kt dapur Cik Manggis bolih juga tgk versi ni kt sini...jadi akak jadikan panduan pd kedua2 resipi ni...tima kasih semua...sebenarnya warna buah ni bila dh diwarna kan jadi warna merah mcm kt bwh tu...tapi kt dlm gmbr jadi warna ni plk...mungkin pencahayaan kot...tak kisah lah janji sodap masuk mulut...



Bahan-bahan

  • 1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g) - akak guna sengkuang China(water chesnut)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais hancur secukupnya
  • Hirisan buah nangka dan buah kabung* (yg ni akak tambah utk hiasan)

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Pada yg tak kenal water chestnut...ini lah buah nya...gambar pinjam dr Pakcik google

Selepas diwarnakan dan dah direbus sekejap...



Share |

8 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Kak, wah terliur nengok mlm2 ni...terasa lapar blk...hehe btw memang menarik la kak kat sini tak taula ada ke tak bhn2 tu..

ilahjy berkata...

betul tu nieza teramar menarikk kala dia pun menrik wpun dah berubah bila dah jadi gambar.. tumpang makan semangkuk ada lagi tak?? hehehe kat c4 wmaju ni byk juga tapi tak reti makan kak zai..nantilah ilah cuba beli dan buat..

Unknown berkata...

nyumk nyumk2

Unknown berkata...

Salam Kak Zai...
Nak Pengsannnnnnnn Lin Tgk Tub Tim Grob...Kalau Makan Sejuk2 Sedapppnya...

Yat Maria berkata...

salam kak zai..ishhh sedap nih..bagus tu gambar, cam taw2 jer kita kompius tu sengkuang cina..hehe

fara dean berkata...

salam kak..
oo baru sy tau..kena warnakan mcm tu..lemak2 gitu..
sengkuang cina ni pun baik utk org asma..sedap kan kak..bnyk jual kat Ipoh

nurmisnan berkata...

yohooooo kak zai..
look yummy dan tima kacih..
mcm tau2 jer nak makan red rubbies nih
esok mestu buat... arigato asante

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
Serius terliur tengok tim grob akak ni... fuh! sabar je lah. hehehe
Ijan