Isnin, April 11, 2011

Bihun Goreng Singapore

www.tips-fb.com

Lama tak masuk N3 masak2...terasa rindu plk...Tuan rumah dilanda kemalasan melampau...tak patut betul kan...jom layan dulu sarapan pagi atau minum petang dgn bihun yg sempoi dan anak2 pun suka sbb tak pedas...mak2 dan bapak budak kalau nak pedas kena makan dgn sambal kicap atau cili jeruk...ehhmmm...sedappp!!!...sambil menghirup secawan teh atau kopi panas.




Bahan-Bahan

1 peket bihun- direndam hingga lembut
1 mangkuk kecil isi ayam - dihiris
1 mangkuk kecil udang/sotong
3 keping fish cake - dihiris tebal
1 batang lobak merah- dipotong memanjang halus
1 ikat daun kucai
Segenggam taugeh
4 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada sulah atau lada hitam ditumbuk
Sedikit sos tiram/kiub ayam(jika suka)
Bawang goreng (utk tabur)
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam,sotong dan masukkan sedikit air dan kacau sebentar hingga empuk.
3. Masukkan fish cake,lobak merah,lada sulah,sos tiram/kiub ayam dan garam kacau rata.
4. Kemudian masukkan bihun dan gaul rata dan tambah air jika perlu.
5. Akhir sekali masukkan taugeh,daun kucai dan gaul rata....tutup api dan sedia dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan cili jeruk atau sambal kicap jika suka.


Share |

7 ulasan:

Nieza berkata...

Assalam kak Zai, apa khabar?lamanya tak singgah sini...sedap lak nengok bihun s'pore ni baru jer lepas mkn tapi rasa mcm lapar blk jer...hehe
p/s: nanti singgah ambil poskad kat umah yer kak..:)

Mas berkata...

bihun goreng...
peberet mas tu..
sedappnya

Kak Sam berkata...

Lamanya dah tak buat bihun ni. Best sangat

umi berkata...

salam kak zai. bihun ni kalau tak salah ada kuah asam pedasnya kan? mak sedara hubby org singapore, dia buat style ada kuah tu. nnti nak try resepi kak zai la pulak, menawan gitu..hehe..

areteacar berkata...

sedapnya! hehe...

Ayu berkata...

Assalam kzai,
lama juga kita tak berkunjung kat dapur akak..akak sihat ke tu?..
mee hoon ni memang my family favourite..sedap nampak mee hoon akak ni..kita pun dah lamam tak goreng mee hoon putih ni..

izzah mohd nor berkata...

mohon share ye..nak cuba..