Ahad, Jun 19, 2011

Soto Ayam Bersantan & Pegedil Udang Kering

www.tips-fb.com
Hari ni masak soto ayam je untuk tengahari sampai kemalam...buat lebih sikit...biasalah kalau masak yg gini2 memang tak masuk dapur lagi dah masak untuk makan malam...sekali jalan je...hari tu tengok kat umah cikgu Zana Batu Pahat...terliurlah pulak...dah lama gak tak buat soto ni...memang selalu guna resepi Diana@MyR ni...mcm Zana gak.Pegedil pulak ambil resepi dr dapur Shidah@Sizuka ...memang betul kata Shidah,sedap pegedil ni dr pegedil ayam atau daging..tima kasih pd semua...


Bahan-bahan ( 12 orang )

Sumber : Diana@MyResepi
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat



Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


Pegedil udang Kering

Sumber: Shidah@Sizuka

Bahan-bahan:

1kg kentang - buang kulit, potong mcm wedges, then goreng 3/4 garing

kentang ditumbuk lumat

Bahan Sambal - blend
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 tbs udang kering

1. Panaskan minyak dalam 2 tbs, goreng bahan sambal sampai garing. no salt needed sebab udang kering dah masin.
2. Gaulkan bahan sambal dengan kentang yg dah ditumbuk lumat. Masukkan daun sup dan daun bawang yg dah dipotong halus.
3. Bulat-bulatkan pegedil or apa2 bentuk yg nak dibuat, celup telur, goreng garing.

Pegedil ni lagi sedap dari pegedil daging or ayam.
Share |

18 ulasan:

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

BARU NAK MAsuk tidur tenguk soto ni dah melelh-leh air liur, Favorite akak, susah nak dapat yang sedap kak sini kecuali kalau buat sendiri. Nampak memang menggoda habis pengedil dan sambal kicap cukup buat akak tak tidur ni

Amie berkata...

mmmmm...puas hati buat soto sendiri, lbh sedap & boleh mkan lebih2... terutama tang bergedil tu...

Mas berkata...

perhh..sedappnya tengok soto tu kak zhai..
terliur mas nengoknya....

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Kak Zai,

sihat ke kak? Itu dia kak Zai dh mula berblogging..dh tertinggal beberapa N3 nie...hehe...soto tu febret nur...nampak sedap sekali...gambar pun cantik gitu...kak senapang baru erk?? Hehe...nanti tinggalkan soto utk nur ya?

qaseh johanna berkata...

wah..sedapnya..tp belom pnah cuba kuah soto jns yg bersantan camni..

bergedil daging sy suka..belom pnah cuba lagi bergedil udg kring ni..nk try la nnt..hehe

HALAMANKU berkata...

mmm sedapnyer.. set lengkaptu.. sukernyer..bergedil..mmm nyum3

azi berkata...

Salam kak zai..
Sedapnyer...akak..saya dan keluarga cukup suka makan soto...saya suka sangat..ngapa le kita tak berjirankan...kalau tak boleh saya terjah hari2...(muka tak malu)..he..he..
akak..ikhlas..nampak sedap sangatt...nanti boleh cuba yg bersantan pulak..

Naz berkata...

Kak Zai...terliur Naz dah ni..nyumm..nyummm...

Wattie berkata...

Salam Kzai,
Terliur sungguh tengok soto Kzai dengan berketul ketul bergedil kat atasnya......meh sini sepinggan

Sizuka berkata...

k.zai,

sedap kan? alhamdulillah k.zai suka. since I belajar buat pegedil ni dgn my friend, i memang tak buat dah pegedil daging or ayam. takleh lawan kesedapan pegedil ni :D

cik cek berkata...

Salam Kzai....alahai! menu fav kak cek ni...siap ngan begedil lagi...sedapnya....:)

Che Mid berkata...

Salam Kzai, pertama kali tengok resepi soto guna santan.. terasa kesedapannya. Baru kelmarin CM masak pergedil udang kering sebab takde ayam atau daging.. rupanya memang ada resepi tu ya.. tak cukup BW ni..

Nieza berkata...

assalam kak zai, nampak sedapla soto tu...terus lapar perut ni mlm-mlm kat sini singgah dapur akak ni...hehe

Ida,Japan berkata...

lama tak ke sini...rasa sume nk pegi..tapi adehh..masa tak izinkan..dtg lak nmpk soto k'zai yg amat sedap..lama tak mkn & buat, nk buat malas..versi bersantan lum pernah cuba lg..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam kak zai..sedapnyaaa!!tgk gambar pon dah mengences..hihi.Minta izin copy resepi yer kak...kot2 rajen,leh cuba...

izahdaut berkata...

assalamualaikum kak zaiiii/.
dah lama sata tak ke sini.. gambar makin cantikkkkkkk sangat. suke tengok..

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak zai.. bestnya nampak soto tu.. berselara ni yang nak buat ni... bergedil pun cantik

kakchik@ella berkata...

Alahai .. tergoda la kak zai.