Isnin, Julai 25, 2011

Kek Lapis Kastad Pandan

www.tips-fb.com
Rasa nya minggu ni je nk bereksprimen dengan kek2...bolih juga nak wat hidangan untuk tetamu dihari raya.Sebulan pasni dah tak layan dengan kek2 ni...bulan puasa hampir tiba...pasni tekak nak layan puding2 sejuk atau pengat2 pulak kan...



Sebenarnya dah bertahun simpan resepi dr sifu ni...masa demo je tengok,pastu tutup kitab...baru hari ni buka kitab semula..sedap layan kek ni bila keluar dr petiais...sejuk je masuk tekak..sib baik bahan2 ada lagi dlm gobok dan belum expired lagi...kita hias lah sikit bagi ceria dan berseri kek kita ni...sedap sikit mata memandang dan untuk mengecurkan selera...jom tengok resepi...

Kek Lapis Kastad Pandan
Sumber: Chef Noraini
Sumber: Kzai@Teratakimpian

Bahan-bahan:

1 biji kek span pandan berukuran 8 inci

(A)
180 gm gula kastor
500 ml air pandan- akak guna pandan paste + air
1 sudu makan serbuk agar-agar segera (instant jelly) - guna 10 gm dlm peket

(B)
400 ml santan pekat - guna 200 gm santan kotak + 200 ml air (kacau sebati)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau/putih
1 atau 1/2 sudu teh pewarna hijau epal
Secubit garam

Untuk hiasan: 1 cawan kelapa kering

Cara-cara:

1. Kek span dihiris kepada 2 bahagian.Ketepikan.
2. Untuk membuat kastad pandan,campurkan semua bahan (A) dalam periuk.masak atas api sederhanan hingga mendidih.kacau hingga gula hancur.
3. Satukan bahan (B) dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.Kacau hingga gula hancur.
4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.Angkat dari api dan sejukkan sebentar.
5. Sediakan acuan bulat berukuran 8 inci jenis loose tin atau springform tin.
6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan.Tuangkan 1/3 adunan kastad pandan keatasnya hingga menutupi lubang di sekeliling nya.
7. Letakkan lapisan kedua dan tuangkan lagi kastad pandan.
8. Hentakkan acuan tig akali diatas meja agar kastad padat dibahagian bawah nya.Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek yang telah sejuk daripada acuan.
10. Salut dengan kelapa kering.Hiaskan mengikut citarasa anda.

Share |

18 ulasan:

Sueozana berkata...

Slmlkm Zai..

Smoga Zai n keluarga dlm rahmat Allah swt.

Lama jgak k su x jenguk terak impian Zai..Sesekali jenguk ni, wahh.. terhidang kek lapis nan menawan hati..!

Hmm, kalo tggal bdekatan, bleh k su dtg tgok sdiri cmana Zai hasilkan kek yg sedap n cantik ni :)

Bidadari Syurga berkata...

amboi. mekasih saya start tgk gambar. baru terfikir nak minta resepi or google resepi nanti. awak dah bagi. nak trylah...

p/s: kalo jadilah....

Yatie berkata...

cantiknya kek akak ni..geram je tngk...yg krim putih kat tepi tu akak guna apa ya..menariklah...

K.zai berkata...

Yatie..
krim putih tu akak guna bc je..nk guna fresh cream/non diary whipping cream pun blh gak.

Juwita Jamaludin berkata...

kak zai cantiknya.. sama je lapisannya.. tak senget2 pun.. berseni akak ni

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum akak...
cantiknya kek tu akak.... suka diana tgk tau... nampak sesgt sedap.. kebetulan fav irfan nie... dia kalau tgk kek mcm nie terus nak beli.. mmg cantik n kemas ler kek nie akak.. pandai akak buat

none berkata...

assalamualaikum kak zai...
saya baru lepas buat choc moist cake resepi yang akk punya ni... Ya Allah, menjadi kak..Syukur alhamdulillah. ni 1st time saya buat kek ni... rasa nak nangis pun ada sebab tak percaya saya boleh buat.. sebelum ni saya memang tak pernah nak minat buat kek.. tp bila lepas bsalin anak ke4 ni, hati tu rasa meronta2 nak buat cup cake.. bila tengok resepi akk ni terus nak try... terima kasih ye kak.. nak sambung wat topping kek

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Zai,
tak tahan tengok masterpiece kak zai ni... sedap sungguh nampaknye.dah la cantik2 gambar nye. macam dalam majalah jer :)
Ijan

ibundo berkata...

salai zai, bundo pun dah lama tak buat kek pandan ni. Memang sedap..

azi berkata...

Salam Kak Zai...
Akak nak tahu tak kelebihan akak selain pandai buat kek...?.akak pandai ambik gambar menjadikan hidangan akak cantik dan menarik....sampai membuka selera saya ni...:)

Gee® berkata...

Wah!! mabeles... nk sepotong...

YaYa berkata...

as salam,


kalau saya nk tempah dgn akak boleh ke?

K.zai berkata...

w'salam yaya...blh...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

assalam kak zai...
kak.. saya pun rasanya dah bertahun simpan resepi ni... dah tak ingat ambil resepi dari nina batrisyia ataupun dari jasmeen.. mmg ada simpan resepi kek ni.. tu tulah.. masa ambil resepi berkobar2 nak buat.. dah lama2 smpan resepi terus terlupa.. hehehe...
nmpk kek akak buat ni rasa terliur pulak..

Ayu berkata...

Assalam kzai, cantiknya kek akak ni..ternganga kita tengok tau..suka dengan pictures semua crystal clear!!

Mamasya berkata...

Cantiknya kek k.Zai posing. Sy suka sgt kek lapis pandan ni...begitu juga dgn husben. tp sbb selalu tak lulus buat kek sponge, jadi kiv dulu resepinya yg dah lama simpan.nengok k.Zai buat ni semangat balik nak cuba..

Ida,Japan berkata...

memang2..kek ni teramat la sedap bila kuar peti ais terus ngap!!, lama tak buat,e,mmm...cantik deco tu kak

AKMALEENA D'CANTEEQ berkata...

saya suka mkn kek ni, nak buat x tahu caranye..tp bila dh tgk kek yg akak buat ni saya nak cuba la...