Selasa, Ogos 02, 2011

Ikan Kukus/Stim Ringkas

www.tips-fb.com
Salam...Berbuka menu apa awal ramadhan semalam...akak masak ringkas...ikan siakap stim je...lawan dgn udang masak tempoyak dan sayur kobis lemak putih je...dan sempat buat pengat pisang sikit..untuk akak aje..orang kt umah ni tak layan dgn pengat2 ni..akak sorang je yang layan..tempoyak tu pun jiran yg beri aritu bawa dari kampung...sedap makan ikan stim ni panas2..akak masak pun dah dekat nak bbuka posa...memang semua layan dengan ikan stim ni yg ada rasa masam2 lemon tu dan bertambah2 nasi lagi...resepi akak amik dr dapur Dayang..tima kasih dayang share resepi yg menepati citarasa seisi keluarga ini...


Ikan Kukus/Stim
Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) - akak hiris
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) - akak guna jus lemon
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)



Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


Share |

8 ulasan:

Gee® berkata...

ermmmm... yummy!!

Mamasya berkata...

Salam Ramadan k.Zai.kat rumahpun anak2 tak layan pengat..kuih2 manis..tp buat jugak sikit nak mkn.
sedapnya ikan stim K.Zai tu...berselera buat berbuka..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam kak zai..slmt menjalani ibadah puasa & slmt berbuka...

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak...
sedapnya tgk ikan tu akak... makan panas2 mmg best tu

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak zai.. sedap nampak ikan stim lama tak buat.. tak jumpa ikan yang sesuai..:(

Che Mid berkata...

Siakap stim ini juga termasuk dalam resepi yang CM teringin sangat nak masak. Insyaallah..tunggu sihat sikit..

zai@umiaiman berkata...

sedapnyer....bc perkataan "tempoyak" pun dah terliur

Naz berkata...

Assallamualaikum Kak Zai..
Salam Ramadhan ye kak. Ikan tu cam menggoda la pulak dgn mulut yg ternganga tu.. Taburan di atas ikan tu macam memanggil2 utk disantap jer.. Ishhh..puasa..puasa..hehehe