Sabtu, Ogos 13, 2011

Kastard Jagung Berkuah Peach

www.tips-fb.com
Hari ini layan memuding lagi...bila bulan posa akak suka makan puding yang berkuah dan disejukkan...best!!!!...tak jemu...

Bahan2 Untuk Kastard

  • 1 cawan tpg kastard
  • 2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 tin jagung kremer dalam tin

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
2. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.

Bahan2 Untuk Kuah:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air(guna sukatan dr tin susu cair juga)
  • 5 sudu besar gula pasir/ikut kemanisan
  • 1 sudu besar tepung kastard
Hiasan:

1 tin hirisan buah peach
1/2 tin jagung kremer

Cara-cara:

1. Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah dan tambahkan secubit garam.
2. Biarkan kuah mendidih.
3. Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk
4. Untuk menghidang masukkan kastard jagung dan kuah dlm mangkuk...makan bersama buah peach dan jagung kremer.


Share |

17 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kak zai!! dtg petang2 ni nak kacau akak berbuka hihihi... kita mmg pantanglah nmpk puding2 berkuah gini, itu hari dah terpikat dgn puding kastad akak nanti kalau dah mula pose kita nak buat :D

Sheila Shafeareen berkata...

Salam kak Zai saya pun suka puding2 yg bekuah macam ni...sure rasa jagung tu sdp..boleh cuba ni tq resepi

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Kak Zai,

wah cun betul puding tu...anak nur suka puding mcm gini...boleh masuk list ni kak!!

HomeKreation berkata...

Salam KZai. Along nak amik semangkuk tu bawa balik... aaaa... jangan kejar dah...hehe

openid berkata...

Salam k.zai..memang tak jemu makan puding mcm ni time berbuka. Sodap ni... :) ijan

Juwita Jamaludin berkata...

sedapnya nampak kak zai suka la menu2 gini.. tambah lawa dan bila tergigit peach tu lagi sedap

dZana berkata...

aslmkum kakzai.. sedapnya kak.. mewah peachnya..

IXORAROXI berkata...

Salam Kzai, cantiknya puding kastard tu

azi berkata...

Salam Kak Zai..
Ya..Allah!!!..Akak...nampak sedappp sangatt...tambah2 tengok time2 posa ni...memang mengancam habis...dah lah nampak sedap...gambarnya pun cantik...:)

Mamasya berkata...

Sypun suka puding kastad berkuah gini....sedap.dah cuba resepi puding kastad k.Zai yg lepas..t.kasih kongsi resepi.

Lovely Kitchen berkata...

angkut resepi k.zai bawa balik jepun!!

Deliah's Deli berkata...

nyamannn!lama betul x bt ni...bahan2 ada.1,2 hr ni mesti rajinkan jg.

ain (sweet thots) berkata...

salam kzai. lama x jenguk akak ... aih, berkenan la puding berkuah mcm ni. nak cuba yg ni pulak la .. padahal baru je buat 2 hari lepas ni.

---<---@..RLIA..@--->--- berkata...

sedapnye..
insyallah nok buat nnt untuk buka puasa arini..:) tq share resepi

N.U.R.U.L berkata...

Wah sangat2 terliur..cam nak buat jer petang nih :)

Mamasya berkata...

Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat k.Zai sekeluarga.Maaf Zahir batin jika ada salah silap.moga bahgia dilebaran ini.

rafik berkata...

Kak buat nampak semua sedap. Tak sabar nak rasa semuanya @rafik.deraman@gmail.com