Semalam menciskek pulak...sebenarnya kes nak perabih cream cheese dan whip cream yang hampir nak expired...fikir punya fikir apa lah resepi yang sesuai untuk kedua2 bahan ni...teringat pulak buah peach dan limau mandrine dalam tin ada berbaki lagi dua tin dalam gobok...tinjau punya tinjau resepi...akhirnya terbekenan dengan resepi cheese cake yang menggunakan buah2an diatas nya.Hasil dari sekodeng resepi akak campurkan kedua2 buah ni..kalor buah pun sama warna kuning...mmg sedap dengan rasa masam2 manis kombinasi dengan rasa cheese..
Bila disejukkan dalam petiais...lagi bertambah keenakan nya...resepi ni hasil sekodeng di dapur The best from Kak Wan@resepicitarasawan...tima kasih Wan..akak selongkar resepi dan share disini pulak ye...bila nak Raya memang kt blog Wan ni jadi tumpuan dan rujukan semua orang...sampai jadi lembab blog Wan ni bila dibuka...kerana terlalu ramai yg mencari resepi untuk rujukan...macam2 resepi ada...tima kasih sekali lagi wan.
Chilled Peach Cheese Cake
Sumber: Resepicitarasawan
Bahan Base
250gm digestive biskut - akak guna biskut oreo
100gm mentega cair
Adunan Krim Keju
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu
100ml sirap peach
1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200ml anchor whip cream
Loyang 8" (Loose Base Tin)
Cara-cara :
1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.
4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.
5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
6. Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.
Lapisan Jeli
2 sudu besar Jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air
Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan. Biarkan suam sedikit baru di tuang ke atas cheese cake.
***Bolih juga guna agar-agar serbuk atau konyaku jeli,tapi ikut sukatan air pada peket nya.
14 ulasan:
menarik kak.. warna pun mengancam.. tergoda tau.. kena sabar dulu buat kalau waktu ramai orang kalau tak ita yang makan banyak..
Assalamualaikum kzai...
mmg mengancam... nie kalu dpt makan nie.. alangkah bahagianya ... hehehhee... bab cheese cke mmg suka sgt... dah ler tu.. cantik plak tu kzai buat...
Assalamualaikum Kzai,
Slmt hari raya, maaf zahir batin. Teruja betul tengok ciskek Kzai, sabar jer la.....
menggodalah...kami pantang tgk cheese cake...adeeiiii camna nak slim ni...huhuuu
waaa....sangat mengancam!!
sunguh tempting bila tgk cheesecake k'zai ni....huikkk,pantang tgk..
adusss... kak zai. kita tunggu pak posto
tak sampai2 ler cheese cake nih.. salah alamat ke? hik3
Selamat hari ray, sila ikut CM di blog baru ya.. tk
Peach + Mandarin alahai Zai, K1 pun dh meleleh air liuq neh..
kzai ni sll bt org terliur tau..sabar aje la..:))
Aslmkm KZai cayang.... datang nak lepas rindu, dh lama xblogging. Wah, alang2 kita dtg jauh2, boleh ler merasa ciskek ni...
Salam kak Zai..
alah akak!!!..sedapnyer...akak ni memanggg....apa yg akak masak, mesti mengiurkan....nampak sedap sangattt...:)
Salam Kak..waduh..Naz baru lepas buat blueberry cheese plak..koman2 sebulan kena tahan nafsu nak meciskek lagi..kalau tak tercabut lah jarum timbang..tapi ciskek akak nih mengoda sungguh..aduhhh!
aslmkum kzai n slm rindu-rinduan.. masih sibuk dgn open house ke kak.. CC mmg sedap.. tak tahan memandangnya..
Catat Ulasan