Jumaat, Oktober 21, 2011

Kuih Bakar Pandan Berbijan

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM...disini cuaca hari ni diwaktu pagi hingga tengahari menampak kan wajah yang ceria dan terang benderang...jadi kain dijemuran sempatlah kering..tapi tak bolih diduga cuaca di petang hari pulak...sekarang cuaca tak menentu...tapi mmg selalu waktu petang hujan akan membasahi bumi.Akak sll basuh kain waktu malam dan terus jemur diampaian yg berbumbung dan bila waktu tengahari kain akan cepat kering sebelum hujan diwaktu petang,sbb dah dianginkan waktu malam tu.
Hari ini akak terpanggil
nak membakar kuih ni bila ternampak di rumah Nieza difinland menayangkan kuih bakar ni dua hari lepas...pastu rumah Naz pulak menayangkan waktu petang masa hujan turun mencurah2...waktu ni memang teringin sangat nak makan kuih bakar yang di buat sendiri dengan rasa lemak2 manis ni...tima kasih pada semua penyumbang resepi dan akak share disini pula.


Kuih Bakar Pandan Berbijan
Resepi asal: joayee myresipi.com
Copy: Yani @ Decochoco & Nieza @ Our Journey Begins

Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing(akak bakar suhu 170C selama 1 jam 15 minit)
Share |

14 ulasan:

Amie berkata...

dari jauh dah terbau kuih bakar tu Kzai.... rindu nak makan, masa kecik2 dulu bonda selalu beli di pasar Sungai Buluh tapi bonda panggil kuih ni baulu kemboja...

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum kak Zai..
Uihhh..penuh bijan akak tabur kat atas kuih tu.. Mesti wangi masa dibakar.. Cantik la akak susun kuih yg dah siap potong tu dlm pinggan..

Kak Sam berkata...

Tengok ramai dah yang buat. Teringin tapi takut takde orang makan. hehehe terpaksa simpan je le hasrat tu

che mid berkata...

Emm..wangi dengan bau pandan dan bijan tu..makan pulak taime hujan lebat..wah nikmatnya..

Nazrah berkata...

cantiknya acuan tu...hijau pun menawan kalbu..

K.Nor berkata...

salam k.zai.. resipi ni mmg nor suka sgt.. kalau buat kuih bakar mmg selalunya guna resipi ni dari dulu2 lagi.. sedap kan..

Juwita Jamaludin berkata...

Salam kak. alamak saya yang tgk pun terliur kak.. sedapnya .. memang lama tak makan kuih bakar ni.. macam kena buat juga ni.. huhuhuhu

openid berkata...

Salam Kak Zai,
aduh kuih bakar ni. memang tak diragui sedapnye. hmmm, nak kena buat jugak ni bila2. geram tengok kaler dia tu.
Ijan

Wattie berkata...

Salam Kzai,
Bestnya kuih bakar meriah ngan bijan, saya sukerrrrrr.......

Hajar berkata...

salam...kak, bestnya kuih bakar pandan mu ittew...teruja25x, rasa nak angkut kuih tu sekali ngan pggn hidangnya tu...:)
re: anak dara rajin apabila disuruh je..huhu

inahar ali berkata...

salam kzai..waduh tergoda melihat kehijauan kuih bakar akak tu..kempunan wehh!!

Mamasya berkata...

Aslmkum K.Zai

Penuh bijan atas kuih bakar K.Zai....suka..suka bhg atasnya...

Lieya berkata...

Amboiii sedapnya kuih bakar ni, menyelerakan....singgah sini ye... i followww

Nieza berkata...

Assalam Kak zai, wahhh menarik la kuih bakar kak zai ni...warna hijau yg cun dan byk bijan tu..sedap kan kuih ni.suka yg kerak tebal tu:)