Rabu, Oktober 19, 2011

Nasi Ayam CMG

www.tips-fb.com
ASSALAMUALAIKUM..dah makan semua...mestilah sudah kan..dah kol berapa dh ni...dah nak minum petang plk dah...lambat berN3 lunch untuk tengahari...hari ni kita layan nasi ayam pulak..kadang2 tu kalau dah angin "M"..tapau je...tapi kalau wat sendiri bolih ulang2 makan sampai lah kemalam kan...dah dua kali akak wat nasi ayam yang mebeles ni...kelainan nya sebab ada sup bersayuran dan nasi yg beraroma..pada penggemar sup yang bersayur...nasi ayam ni mmg menepati citarasa.Masa pertama kali akak masak untuk SIL yang datang kerumah masa raya baru ni...resepi akak amik dr dapur CMG yang fofular..tima kasih Mat kerana berkongsi resepi ye...akak kongsi disini pulak...

Nasi Ayam
Resepi: CMG@Dapur Tanpa Sempadan
Sumber 2 : kzai@Teratakimpian

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa



BAHAN SUP AYAM :-)

1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng





CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup kecuali bunga kobis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...
Share |

13 ulasan:

CT Delima berkata...

As'salam Kak Zai

memang sedap betul kalau dapat makan nasi ayam ni tengah cuaca hujan2 ni kak. terasa lapar pulak perut ct ni haa..hehehe.

lama juga ct tak buat nasi ayam, bolehlah mencuba resipi dari CMG ni satu hari nnt ya kak :)

Mamasya berkata...

Aslmkum k.Zai..

Cantik gambar Nasi ayam k.Zai posing...rasa nak mkn sama2. hari tu ada copy nasi ayam dr blog k.Zai...belum sempat buat lagi...ni k.Zai tayang lagi nasi ayam lain...masuk senarai dulu.
k.Zai t.kasih kongsi resepi laksa Johor.

Liza berkata...

Salam k.zai..sedapnya, peberet fmily Liza ni..jemput ziarah blog liza yer..

Amie berkata...

tak rugi datang sini malam-malam begini....siap lengkap hidangan nasi ayam, Amie nak isi tapau kosong ni Kzai...kena cepat2 balik, kang tertinggal flight pulak... adeeehhh kak sedapnya... bilalah ada kesempatan nak menjamu selera air tangan Kzai ni....

cik cek berkata...

Memalam dtg jenjalan...aduhai! ada nasi ayam yg nampak cantik dan rasanya confirm sedap ni...:D

Yati berkata...

as'salam kak zai...jalan2 blog akak...ada nasi ayam la...hehe...saya pun semalam buat nasi ayam tuk dinner....nasi ayam akak mabeles...mcm2 bahan ada...nasi ayam saya simple je...itu je pun yang pandainya..hehehe...insy next time leh try resepi akak pulak..hehehe

Nieza berkata...

perghhh nasi ayam yg mabeles ni...tgk ayam berposing tu pun dah terliur kak...hehe

azi berkata...

Salam kak zai..
Akak..kalau masak...memang menarik selera orang..tu baru tengok gambar...belum rasa lagi...:)

Ayu berkata...

Assalam kzai, cantiknya gamabr nasi ayam akak ni..berselera betul kita tengok tau..rasa macam nak capai aje sepinggan set tu ..kita hari ni tak makan nasi makan mee aje..itu yang kecur aje tengok nasi ayam akak ni..

Mat Gebu berkata...

salam kak zai....terima kasih dari saya..

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak...
apa kbar? banyak entri menarik diana dah ketinggalan nie nampaknya... huhuu.. diana pun baru jer sihat.. nie pun baru jer ada kesempatan nak BW...

wah akak.. sedapnya tgk nasi ayam nie... terus lapar d buatnya... tgk ada sup tu lagi... lapar2!!

Mamasya berkata...

Aslmkum k.Zai&slmt berhujung minggu

re; k.Zai, Lasagna...bhg sos putih tu yg buat sedap.sy bakar guna api atas/grill dan api bawah...tu yg nampak perang.

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Kak Zai

dari rumah mimi terus singgah kesini...sedih baca komen akak di blog mi tu..rasanya waktu zaman kita berfotopage lagi happy kan?? Nur pun kdg tegur org...org buat bodoh aje..rasanya mcm kita nie low class gitu...eh boleh jalan dah...see the leg la...hehe...sorry kak...dh merepek kita nie.

Nasi ayam tu nampak sedap sekali,gambar akak pun cantik tiada tandingan nya....kdg senang cakap lebih menyelerakan masakan akak dari blogger2 yg sombong menyombong tu. Itu bukan apa kak...dah perasan diri bagus sangat...bak kata hubby Nur kalau dh pandai sangat masak buka kedai baru tau masakkan kita sedap ke tidak...laku ke tak laku baru boleh bangga seantaro dunia.