Selasa, Mac 24, 2009

Nasi Lemak

www.tips-fb.com

Cuti minggu ni buat sarapan nasi lemak..... dah lama tak buat nasi lemak,asyik aktiviti beli bungkus memanjang je....nasi lemak ni buat lebih,...dari sarapan pagi merangkap hingga kemalam,...malas nak memasak lagi....budak2 pun suka, walau bagaimana pun,sedap juga dari air tangan sendiri.....walaupun lauk nya sempoi aje....


NASI LEMAK

bahan2
4 cawan beras [basuh n toskan]
2 cawan santan]- atau mengikut anggaran sendiri
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
garam secukupnya

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun atau kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan goreng sekejap jgn sampai garing]
2 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sedikit belacan ]
sedikit air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.


Share |

3 ulasan:

ain berkata...

lapar terus tengok ns lemak kak zai..lum bfast pulak tu.

MyLilBundle berkata...

sedapnyerr nasi lemak!!
ni kalau mkn breakfast~lunch~ dinner pun layan gakk...hik3...nak2 kt sini nasi lemak sume kine godek sendiri xde dijual tepi jalan..mmg haruss pulun abes2an

cikmanggis berkata...

Terus dapat idea bila tengok nasik lemak ni,esok nak masak nasi lemak..hehe