Khamis, April 16, 2009

Bread Butter Pudding

www.tips-fb.com

Memandangkan susu segar dah nak hampir expired...maka nilah projek kecik malam tadi...anak kata sedap puding ni....mama dia rasa lagi sedap....hehehe....resipi dr Yani@MyR...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Share |

2 ulasan:

ain berkata...

hmmm...boleh try ni, rasanya roti ada belen 2 3 keping.mintak2 rajin le ptg nanti.hihi

cinta_north2south berkata...

mesti bread pudding ni sedap. first time i jumpa resepi BP guna caramel.selalu i buat BP rendam roti dalam susu, letak raisin & bakar. tapi yang ni baca resepi je pun i confirm SEDAP rasanya. I mesti cuba dalam waktu terdekat nih :)