Sabtu, Mei 30, 2009

Air Tembikai Laici

www.tips-fb.com
Dah ramai rasanya kawan2 menayangkan air ni....tu yg tak bolih tahan,sekarang pun memang musim laici....sana sini laici...merata-rata ada laici dijual...harga pun tak lah mahal sangat...rasanya pun manis....cuaca panas2 gini mmg sedap layan tekak dgn air ni...air ni letak laici fresh dan blend sekali dgn buah tembikai....resipi dr Ros onigiri@MyR...nak gi umah Ros ni,tak leh masuk lah,byk tol...tak lepas2 lagi....camna eikkk....


Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )
  • Beberapa Potong Tembikai
  • 1 gelas air laici dalam tin- sy letak letak
  • 8 biji buah laici - letak laici fresh
  • beberapa ketul air batu

Cara-cara

  1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
  2. Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Share |

2 ulasan:

blogresipi berkata...

Panas2 sedap minum ais ni...

FiDa@aMiDa berkata...

kak zai

sedap betul minum air mcm gini nak pulak cuaca panas..rasa segar jer anak tekak :)