Ahad, Mei 31, 2009

Oreo Cheese Cake

www.tips-fb.com

Dah lama pending nak buat oreo cheese cake ni....petang semalam buatlah juga nak melepaskan niat dihati...selagi tak buat tak puas hati nak mencuba....makan tak seberapa,perasaan nak mencuba tu yg kuat sangat....resipi kutip dr dapur ummi....ummi dah buat 3 kali dah...mestilah sedapkan....jom tengok resipinya....thanks ummi...

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus (2 bungkus)
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - sy letak plain yogurt (1 pek kecil)
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Share |

5 ulasan:

blogresipi berkata...

Macam senang pulak resipi cheesecake ni... nak salin resipi ye..tq :)

FiDa@aMiDa berkata...

kak zai..sana sini org buat cis kek..adoi tak tahan...hari tu buat slide cis kek dah bantat pastu dah serik nak wat hehehhe

shima berkata...

salam kak zai..
lama x jenguk dapur akak..ikshhh mmg silap laa masuk sini time perut kosong maroyan tgk kek oreo tuuu aduiii tambah ngan panas2 skrg ni kalau dpt sepotong dua ciskek ni nikmatnyer naka tekak...

mamasya berkata...

K.Zai tak suka ke oreo cheesecake tu....kalau ada lebih hulur2 ke mari..hero2 di rumah kalau nengok biskut oreo yg bertenggek tu...sure kejap aja licin...he..he...

ain berkata...

sedapnya kak zai. kat dlm fridge tu ada cream cheese. mcm nak buat aje!