Jumaat, Jun 05, 2009

Gulai Darat Ayam

www.tips-fb.com
Dah lama rasanya tak update N3 minggu ni....sbb kebizian sikit dan juga angin 'M' nenyerang.....pada kawan2 yg datang bertandang disini dan bertanyakan khabar diucapkan terima kasih dan minta maaf kerana tak dpt nak buat kunjung balas kerumah kawan2,lepas ni bila ada masa nanti akak akan dtg jenguk rumah kawan2 pula....ni nak kongsi sedikit menu yg mudah dan senang...kutip resipi dr FP Rahaniss yg menggunakan rempah gulai/masak keluaran GANU KITA ....rempah ni kirim pd kawan yg balik kampungnya di Terengganu....tak tahulah samada rempah ni ada ke dijual di KL ni...sbb tak jumpa lagi.....dlm N3 kat Fp Hanieliza pun ada cerita tentang rempah ni....gulai darat ni mmg sedap dgn rasa aroma rempah ratusnya......

Gulai Darat Ayam

Bahan²

1/2 ekor ayam - dipotong
santan
1 1/2 sudu besar rempah gulai
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cm lengkuas
1/2 cm kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
asam keping
garam secukup rasa.

Cara membuatnya

1. Kisar b.merah, b.putih, lengkuas, kunyit hidup, ketumbar. Campurkan dengan cili yang dah diblender (ikut kepedasan masing² ler)
2. Campurkan ayam dengan bahan kisar dan renehkan diatas api (kacau sekali sekala)
3. Bila ayam dah empuk masukkan santan, gula, garam dan asam keping
4. Reneh lagi atas api sambil dikacau hingga pecah minyak.

*Rempah gulai Haniss guna cap bunga Ros , tapi kalau tak dak pakai rempah kari biasa pun boleh.


Share |

Tiada ulasan: