Ahad, Julai 12, 2009

Pai Epal Lattice

www.tips-fb.com



1st time buat resipi apple pie yang ni.....mmg mudah....sedap pulak tu....rapuh kulit nya....makan sekali,nak dua kali.....filling nya pun tak berapa manis.....buat tadi untuk minum petang dgn teh 'o' mmg sedap.....resipi dah lama simpan dr keratan majalah jelita 2000....bayangkan dah lama simpan terperuk je....entah mcm mana terjumpa kembali.....


bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)



Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
Share |

14 ulasan:

geraugebang berkata...

Heran gerau tak habis lagi nengok orang pandai buat pie, roti n kek. Tak pe lah, gerau masak ala-ala aje lah.

blogresipi berkata...

Cantik nye pie akak nie.. bersinau sinau gitew... kite lama tak berpai pai nie.. terliur plak tgk pai akak nie..

Jamie berkata...

Mekasih Kak Zai letak resepi, bila lah nak try nie, akak pon perap 9 tahun resepi nie baru try..hehehhehe. Kena beli acuan dulu nampak gayanya.

nekPP berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nekPP berkata...

wowwww kzaii...yummyyyyy...;))

Ainazli berkata...

sedapnyer kak..kita memang suka benar ngan pai ni, sellau gak buat, tp tengok akak punya nampaknya lagi sedap, nak kena cuber nie

kucingorengemok berkata...

cantik, mcm tgk kat buku masak je pulak! terlioqqqq...

mamasya berkata...

k.Zai tulis kulit pai nya rapuh...sekali mkn nak mkn lagi...haiii buat saya nak rasa jugak ni...tak pernah buat pai lagi.

re; mmg Syazrin balas dendam tu asyik cium adiknya...2 minggu tak dpt pegang...cium adiknya yg dah lama dok sebut2. mamanya mmg tak sabar nak shopping baju Ira ni dahlah kat sini tgh mid yr sales.. he..he..tunggulah lepas pantang nanti.

ain berkata...

slm kak...sy tak de btau ekh psl blog baru tu. ??rasa mcm ada sbb akak antara fav saya. tp bila cek2..mmg tak de.hehehe

blog lama tu x leh sign in lah kak. ada poblem password. tak tau la nape. now blog lama tu just boleh view je, update x leh.sian kita.huhu

apa2 pun...akak jgn lupa bertandang ke umah baru saya ye. lum ada apa2 lg. just pengenalan je.

ain berkata...

ekh lupa lak nak btau nama blog baru tu.hihi

http://ainismail.blogspot.com

cikin berkata...

huhuhu... sedappppnyeeeerrrrrrrr...:)

shima berkata...

salam kak zai...
tgk pun dah tau sedap nih!!
ikshhh bestnyaaa jd kak zai ni wat apa pun sume mejadi! ermmm saje jek dok pancing org kata kulit dia rapuh...mkn sekali nak 2x adoi sabo jelaaaa!!

my secret life berkata...

Mnta izin nak kngsi resepi ye

-<@ * Liana * @>- berkata...

As Salam nak tanya, utk step pada bahan2 pastri yang
"Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan."..
memang kene pakai putih telur juga ke?