Khamis, Julai 16, 2009

Pucuk Manis masak Lemak & Labu

www.tips-fb.com

Masa OTW petang balik dr Ofis singgah kejap kepasar malam...mmg nak gi cari sayur kampung....kat pasar malam selalu nya banyak dijual sayur2 kampung ni...dah lama tak pekena dgn masakan mcm ni...ini salah satu masakan kegemaran...dapat plk makan sayur ni dgn ikan kering dan dgn sambal,mmg tak toleh dah lauk lain.

Bahan2:

1 ikat pucuk manis
1/4 labu kuning/keledek
1 mangkuk santan
Segenggam ikan bilis/udang kering (buat perencah)
2 biji bawang merah (dihiris)
garam secukupnya

Cara:
  • Pucuk manis dilerai dr batang dan dibersihkan.
  • Labu dibuang kulit dan dipotong bersegi
  • Jerang periuk berserta santan,potongan labu, ikan bilis dan bawang hiris,biar hingga mendidih sambil dikacau.
  • Bila dah mendidih dan labu dah empuk, masukkan sayur pucuk manis dan perasakan garam.Bila sayur dah agak2 layu tutup api dan bolih dihidangkan.
Share |

3 ulasan:

ain berkata...

ishhh...lamanya tak mkn pucuk manis. sedapnyaaa!!!!

ima berkata...

kak zai...sedapnye masak lemak pucuk manis tu...ni fav ima dan anak2...rupanya senang je nak masaknye...selalu ima beli je...

armouris berkata...

info tentang khasiat labu kat sini - Labu Kaya Khasiat