Bahan-bahan:
A
150 gm tepung naik sendiri25 gm bijirin nestum
2 camca teh serbuk pati ayam maggi
B
100 gm daging ayam yg dikisar
25 gm lobak merah disagat halus
25 gm kucai,diotong sepanjang 1 cm
25gm cendawan butang dihiris
1 labu kecil bawang besar diiris
4 camca besar jagung manis berkrim - x letak
1 cawan susu rendah lemak NESTLE
sos cili maggi
Cara:
- Gaul ramuan A dalam mangkuk hingga sebati
- Masukkan ramuan B dalam susu NESTLE dan kacau perlaha-lahan.Gaul sehingga menjadi adunan pekat.
- Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan 1 camca besar adnan tersebut.-sy lenserkan sedikit minyak.
- Masak atas api sederhana sehingga gelembung diatas permukaannya pecah.
- Terbalikkan dan masak bahagianyang sebelah lagi
- Hidang panas dengan sos cili jika mahu
6 ulasan:
Sedapnye wat minum petang... kak Zai, cantik ler set cawan yg akak gune tue... :)
nanti taip resepi heh, kita ikut, belum tentu buat. kita cut n paste resepi tu, masuk dalam muzium dulu.
ooo..cam ni uper skon eh kak..???sy lum pernah buat lg skon mekon ni. boleh try gak sbb nmpak mcm sonang ba itu!!!
sedap jugak ni kak zai...bila rajin boleh cuba nanti...hehe bila ye!!!!
versi org melayu cara berlauk kot ni, hehe
versi org melayu cara berlauk kot ni, hehe
Catat Ulasan