Selasa, Ogos 18, 2009

Gulai Darat Ayam 2

www.tips-fb.com

Masak lauk ni untuk dinner dan lawan dgn sambal tempoyak ikan bilis kat bawah tu...rempah gulai ni mari dari negeri Ganu kite,kirim dgn kawan yg balik sana...sedap rempah gulai ni,dulu pernah guna rempah gulai Cap Bunga Rose je lihat disini ...tapi yg ni terasa lagi sedap hingga menjilat jari,sbb rempah ni buatan sendiri dr ibu nya di kampung...


Bahan²:
1/2 ekor ayam - dipotong
santan
1 1/2 sudu besar rempah gulai
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia
1/2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar - sy guna serbuk ketumbar
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
asam keping
garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
1. Kisar b.merah, b.putih, lengkuas, kunyit hidup, halia dan ketumbar. Campurkan dengan cili yang dah diblender (ikut kepedasan masing² ler)
2. Campurkan ayam dengan bahan kisar,rempah gulai,kulit kayu manis,bunga lawang dan renehkan diatas api (kacau sekali sekala)
3. Bila ayam dah empuk masukkan santan, garam dan asam keping
4. Reneh lagi atas api sambil dikacau hingga pecah minyak.


* Gulai darat ayam ni bolih juga ditumis dgn sedikit minyak seperti masak kari.


Share |

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dapat makan ayam gulai nie dgn sambal tempoyak tue memang best la kak zai... tempoyak ade lagi tak? hehehe

ain berkata...

bestnya dapat homemade rempah gulai. kat sini susah nak cari, mcm x jumpa je ada le kot. tak tau lah klu2 psr tani ada jual rempah ni.

kak zai..sempena ramadhan yg akan dtg ni, sy nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK utk akak sekeluarga!!