Selasa, Ogos 18, 2009

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

www.tips-fb.com

hari ni masak simple je,masak sambal tempoyak ikan bilis main campak2 je lawan dgn ayam gulai darat dan tumis sayur taugeh bertahu je...makan nasi panas2 mmg menyelerakan....x toleh kiri kanan dah...

Bahan-bahan
  • 1 genggam ikan bilis - x perlu goreng
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 inci kunyit hidup
  • Sehelai daun kunyit dihiris
  • Sedikit garam
  • Tempoyak secukupnya
  • Sedikit air
Cara-cara
  1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup.
  2. Kemudian masukkan tempoyak,ikan bilis ,daun kunyit hiris dan sedikit air kedalam periuk dan Kacau sebati diatas api.
  3. Masak sehingga pekat sedikit dan perisakan dgn garam. Kalau tempoyak tu agak2 masam,masukan sedikit gula dan dan gaul sebati dan tutup api.
Share |

1 ulasan:

ain berkata...

abg ipo sy pun kata, dia klu mkn tempoyak, mmg x leh nak toleh kiri atau kanan, takut tempoyak dia kena cekup ngan org lain.hahahaha