Sabtu, Ogos 08, 2009

Kek Cokelat Lembab

www.tips-fb.com


Hari ni buat projek membaking pulak....aritu jalan2 keblog kengkawan....teruja plk menengok kek ni diblog Azita Kitchen....konon nak cari resipi kek cokelat yg lain drp yg buat selalu...kek ni nak diberi pada anak buah sebagai hidangan tambahan kerana menyambut harijadi anak nya yang pertama....tapi resipi kek ni ambil dr blog Zana Bangi dan resipi topping pula ambil dr blog Azita kitchen resipi olahan dr buku Seni Hiasan Kek oleh Chef Norzailina Nordin....kek ni mmg moist sangat dan tak berapa berat...suka dgn rasanya....tima kasih kedua2nya....

Kek Cokelat Lembab

Bahan-bahan :
250 gm mentega
300 gm gula kastor
1 camca besar ovalette
4 biji telur Grade B - saya gunakan 3 biji telur Gred A

Diayak :
250 gm tepung
2 camca teh baking powder
1½ camca teh soda bikarbonat

Bahan2 paste :
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan susu UHT
60 gm gula kastor
1 camca besar serbuk nescafe segera - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan bahan2 yang telah diayak berselang-seli dengan paste.
  3. Glis loyang bulat 9" dengan mentega. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C. Selepas setengah jam turunkan suhu ke 150'C bergantung pada oven masing-masing.
  4. Setelah masak, sejukkan di atas redai
***SAYA GUNA RESIPI KEK YG KAT BAWAH INI

rich moist chocolate cake

170 gm butter
120-280 gm gula kastor ( dah adjas) (ralat - bukan 120 tapi 250, sori yek, typo error)
3 biji telur

B - diayak sekali
226 gm tepung high protein (tpg gandum pun ok)
60 gm serbuk koko
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
C -
1 sdt nescafe + 1 sdb air panas ( tak boh pun tak apa)
1 sdt esen vanila
1 sdt chocolate emulco (tak boh pun tak apa)
195 gm air sejuk dari esbox

Panaskan oven 1700C
Beat butter dan gula sampai gebu, lebih krg 5 minit.
Masukkan telur satu persatu dan beat hingga kembang.
Masukkan C - segala esen2 tu le dan beat sebati.
Then masukkan bhn B dan fold perlahan dan satu arah
Boleh diselang selikan dgn air sejuk.
Masuk loyang 8" atau 9" dan bakar le sampai masak abt 45-50 minit



Truffle Cokelat

Bahan-bahan :

120 gm coklat masakan
300gm gula aising
100 gm mentega
60 ml krim putar

Cara-cara :
  1. Cairkan coklat masakan secara double-boiler hingga coklat cair. Angkat dan biarkan sejuk sedikit.
  2. Dengan menggunakan sudu, kacau gula aising, mentega dan krim ke dalam coklat hingga campuran itu sebati dan licin.
  3. Ketepikan sehingga agak pekat supaya senang untuk disapu pada kek (saya tambah yang ini...dalam buku tak ada).

Glis Cokelat

Bahan-bahan :
225 gm coklat masakan
115 ml krim putar

Cara-cara :
  1. Panaskan coklat masakan dan krim putar di dalam periuk dasar tebal atas api kecil.
  2. Biar glis cair dan sebati, angkat dan ketepikan sehingga pekat dan boleh disapu dengan mudah.

Cara-cara menghias kek (saya tokok-tambah sikit...) :
  1. Potong kek secara mendatar unutk dapatkan 3 kepingan (saya buat 2 kepingan saja) kek.
  2. Sapu truffle di atas lapisan pertama dan ratakan.
  3. Tangkupkan dengan sekeping kek lagi dan tekan pelan2.
  4. Curahkan glis cokelat dan sapukan sehingga rata menyaluti kek.
  5. Gunakan penyisir kek untuk melorek corak di atas dan tepi kek.
  6. Isi baki truffle ke dalam beg aising bermuncung bintang. Paipkan di keliling bahagian bawah kek dan juga di atas kek.


Share |

3 ulasan:

Fiza Nordin berkata...

uiks k zai...tgh makan kek ke?tak sempat nak letak resepi yek heheheee

Chik Mi berkata...

kak nak seBIJIK kek tu cantik sungguh menggoda kalbu ni hihihiihih

blogresipi berkata...

Amboi bnyk nye mak nenek ek neh.. kite yg maless ni laagiii la males nak buat.. makan kat umah kak zai jer lah ek.. heheh