Dah lama teringin nak buat kek ala2 SR ni....selalu tengok kat umah kawan2 je...resipi pun dah lama simpan,sampai dah tak tau letak kat mana....bila nkbuat kena cari semula...aritu nampak kat umah mamasya,berkobar semula semangat nak buat...jom layan kek yg tak menepati piawaian ni....sbb tak puas hati tang layer tu...mousse sikit sangat letak...belum tau nak agak byk mana....tapi w/pun kurang rupa paras kat dlm tu...rasa mmg sedap dan tak mengecewakan tekak...w/pun resipi nak buat mousse tu mcm susah,sbb panjang menjela...tapi bila dah buat taklah susah sangat mcm disangka,lagi pun sponge cake bolih buat awal sebelum nya...resipi c&p dr fp mamasya yg diolah oleh Yati @Damira fp..tq keduanya...
Chocolate Sponge cake:
Bahan A
3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung - guna minyak masak biasa
1 teasp. vanilla essence
Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.
Bahan C
3 1/2 biji putih telur size A(atau 4 1/2 biji putih telur size sed)-guna 4 biji putih telur saiz sed
1/4 tsp Cream of Tartar - ganti dgn 1/2 biji perahan limau kasturi;tapis
60 gm. gula kastor
Cara-caranya:
(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak-bakar 175 'C selama 40 min
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.
Chocolate mousse:
*250 gm. Non-Dairy Whip Cream
*150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur) - guna 1 sb serbuk agar2
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising } - hanya letak 50 gm sbb whip cream dah manis
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer - gunakan 1 st chocolate emulco
**2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal -
ni yg mama buat
*guna 400gm whip topping cream, cukup utk layer dan coating
**setiap layer letak 3 biji hirisan pisang berangan
Cara-cara membuat chocolate mousse:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.) *utk whip topping cream pukul till 3x ganda.
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.
Chocolate Coating
35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream - gunakan whip topping cream
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter
Cara membuat Coating untuk kek
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.
9 ulasan:
salam k zai...payah gak nak buat coklat mousse tu ye kak...tp rupernye mcm fresh cream aje....nak senang boleh pakai fresh cream perisa coklat tu kot...mcm sy buat kek choc indulgent tu...
aduhai kak...panjangnya steps!!! saya gi beli kat SR je le.hehehe
Wah Zai..godaan datang lagi....dah lama tak beli pisang....usah kan kata nak try buat kek ni...lama tak buat cokodok pisang pun...
Uish...berairnya nampak coklat tu...buat tangkap leleh Akak kat tingkap ni!!!
Ku mengendeng di jendela.....(lagu Alley Cats.....)....
uih..bekilat2...menggode btul
sedapnyer juling biji mata nengoknyer.Zai mmg rajin laaa sbb berjela2 step2 nak uwat nyer.mama tabik kat zai.dah abih mmuji2 tuuu nak nanya dikit Non Dairy Whip Cream sama tak ngan Dairy whip Cream.mama da bli THICKENET CREAM(whip on pour).paaa benda tuu haa bgi tau sat
kzai..ok tu!nampak ada kelas gitu!!
Laju k.Zai....dah siappun banana cho cakenya.pasni tak payah beli kat sr lagi. mousse tu k.Zai letak biar sampai permukaan kek nampak sekata.
kek cho yg sy buat hari tu anak tanya ada lagi ke tak...mama belum rajin nak buat lagi...
Ya ampunn.. santiknyer! taraf t hotel 5 star neh!!! nakkk!
bestnyer blog ni.. tenkiu tenkiu tenkiu
Catat Ulasan