Khamis, November 05, 2009

Kek Nestum Lemon

www.tips-fb.com

Memang sedap kek ni...masa tengah bakar memang terpukau dengan bau aroma nestum dan lemon...rasa dan tekstur pun mmg moist sangat...makan pun tak muak sbb ada rasa lemon...makan panas2 baru keluar dr oven lagi sedap tak terkata.Mmg dah lama ada niat nak cuba resipi ni,tp nestum tak ada plk...bahan yg lain semua dah ada,ni dok tunggu nestum je...bila dah ada terus jalankan projek...buat malam tadi lepas sembahyang maghrib....esok nya bawa pergi ofis separuh...kawan2 kata sedap sbb ada rasa lemon...resipi asal dr Bro Rozan,tapi ceduk dr dapur Ummi Kuantan...t.k keduanya..minta izin c&p kat sini ye...


Bahan:- (loyang bulat 18 cm..akak guna 20 cm)- saya guna loyang 8 inci


175 gm mentega, didadu
170gm gula halus (castor)
Parutan kulit dari sebiji lemon
3 biji telor saiz besar
Jus dari 1 biji lemon
100 gm self-raising flour ) diayak
1 sudu teh baking powder ) bersama
55 gm bijirin Nestum
2 - 3 sudu besar susu (akak letak 3 sudu besar fresh milk)




Cara Membuat:-


1. Gris bahagian tepi dan dasar loyang dan lapis dengan baking sheet ukuran 18 cm.
2. Pukul mentea dan gula halus hingga ringan dan gebu.
3. Tambah kulit lemon dan telor sebiji demi sebiji.
4. Masukkan jus lemon dan kacau rata.
5. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama-sama bijiran Nestum. Kaup balik rata.
6. Kemdian masukkan susu secukupnya hingga adunan meleleh dengan mudah dari hujung senduk.
7. Ceduk adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya.
8. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 175C selama kira-kira 1 jam hingga 1 jam 10 minit atau hingga kek masak.
Share |

4 ulasan:

ain berkata...

sedap tak..???

Watierman berkata...

Erm...bau Nestum..dah sampai Penang ni!!!

UmMi 3A/TintaCyber berkata...

saya rasa..pemilik Teratak Impian nie..patut buka kedai kek le...sedap betul rupa kek tu...

Tanpa Nama berkata...

wah...baca pasal kek ni terliur habis dibuatnya...kalau kak zai dah kata sedap,ima pun nak cubalah jugak...