Isnin, September 28, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes

www.tips-fb.com


kek ni pun hidangan dihari raya gak....kek khas untuk mak bapak budak...budak2 tak pandang kek macamni..mereka lebih suka yg rasa coklat je...kek ni dah pernah buat dulu bolih tgk disini warna pun sama je...lebih suka pd kalor yg ni...bolih ikut kesukaan warna masing2...resipi dr Fida@MyR...hidangan berat2 mcm lontong,rendang,nasi impit dan kuah kacang,sambal sotong lupa nak klik..maklumlah sesibuknya dipagi raya,berebut2 nak buat itu dan ini...


Bahan: - sy guna loyang empat segi
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder (*ummi x letak sb guna tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak (ummi guna 125 gm butter - cairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*ummi letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Share |

Moist Brownies

www.tips-fb.com


Brownies ni salah satu hidangan dihari raya....khas utk kanak2 memang suka dengan rasa kecoklatan ni...mak bapak pun tumpang sama...resipi dr Hanieliza...mmg sgh moist brownies ni...kejap je dah licin...


Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]- sy guna Van Houten cooking choc.
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Share |

Sabtu, September 26, 2009

Suasana Hari Raya...Sambil Bermaaf2an dan Menjamu Selera

www.tips-fb.com

Salam
Aidilfitri ‘09
Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..

Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,

TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^

WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu,
TaNgaN TaK BeRJaBaT,
UcaP TaK TeRDeNgaR,
MaTA TaK BeRTeNTaNG…
MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN =
KeRaNA aDa TiKaNyA
MaTa SiLaP MeMaNdANg,
TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR,
LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI
TeRsaLaH MeNDuGa.
SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN”
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Seronok berjumpa sanak saudara dihari Lebaran...bertanya khabar sambil menjamu selera...


Share |

Selasa, September 22, 2009

KAD RAYA UNTUK SEMUA SAHABAT CYBER

www.tips-fb.com
Kad Raya ni ditujukan ikhlas untuk semua sahabat cyber dan follower yg sudi singgah disini tak kira dimana jua berada...sudilah kiranya mengambil kad ni untuk digantung dirumah masing2 ye...pilihlah yg mana berkenan atau kedua2nya sekali...jangan malu2 dan segan,sbb akak pun tak malu mengambil dr rumah sahabat semua dan gantung disini tanda ingatan ikhlas semoga siratulrahim kita berpanjangan dan disini akak mengambil kesempatan meminta maaf jika ada kata2 bertulis yg menyinggung perasaan diatas gurauan sehari2 dialam maya ini dan selamat menyambut hari raya yg bakal tiba tak lama lagi dan berhati2 memandu semasa perjalanan balik kekampung masing2 semoga kita dapat bersua kembali dialam maya ini...



UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL KEBAWAH

V

V

V

V

Share |

Isnin, September 14, 2009

Tempura Udang

www.tips-fb.com
Kadang2 tu tak tahu nak masak apa udang ni...balik2 masak sambal,sweet sour,gulai...yg ni wat yg ringkas dan sedap dimakan panas2...resipi dr Yatiezaini@MyR tima kasih Yatie...lama menyepi tu...sibuk ke...hehehe...tq Yatie


Bahan-bahan ( 2 - 3 orang .. terpulang lah )

1. 1/2 kilo udang sederhana besar ..... bersihkan kulitnya tp ekornya jgn dibuang yer...
2. 150gm tepung tempura
3. Air sejuk - dari peti ais
4. Minyak masak utk mengoreng


Cara-cara
1. Asingkan 2 sb tepung tempura kedlm mangkuk lain
tepung tempura yg saya guna ... ada tanda halal.. kat blkg pkg
2. Bancuh lebihan tepung yg tinggal dgn air.. bancuhan mesti pekat mcm nak buat cekodok...
3. Panaskan minyak dulu.. api kecil jer
4. Ambik sekor udang pegang bahagian ekor nya kemudian golek2kn / bedak2kn dulu udang tu dgn tepung tempura yg 2sb td
5. Pastu golek pula dlm bancuhan tepung dan terus masuk kedlm kuali..
Goreng sehingga garing.... angkat & mkn
Share |

Sayur Goreng Campur & Tauhu Telur

www.tips-fb.com

Ni nak perabihkan saki baki sayuran dlm petiais...masukan semua sayuran yg ada sewaktu dgn nya....dihidang panas2 dgn nasi atau diratah pun sodap...krap krup... krap krup.... resipi dr CMG dan diolah sedikit mengikut bahan2 yg ada ...


Bahan-Bahannya :-)

10 - 15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, dititik
1/4 labu brokoli, potong kecil
2 tiub tauhu telur
1 batang lobak merah, hiris nipis
1 biji cili benggala merah, hiris kasar
1 biji cili benggala hijau, hiris kasar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
2 - 3 camca besar kicap cair
Sedikit tepung jagung
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dikupas, belah belakang dan buang uratnya, cuci, toskan dan gaul dengan sedikit kunyit, serbuk lada sulah dan garam. Perap 10 minit. Tauhu telur dipotong sederhana tebal dan goreng hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak bijan. Goreng udang tadi hingga kemerahan, tolak ke tepi kuali. Masukkan hirisan bawang putih, bawang besar dan kacau rata. Gaul sekali dengan udang tadi. Masukkan sos tiram dan 1 camca besar kicap cair dan bancuhan tepung jagung.
  3. Masukkan lobak merah masak hingga lobak sedikit lembut dan masukkan tauhu goreng dan brokoli. Masak sebentar dan gaul rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair. Angkat dan hidangkan panas.....
Share |

Sambal Ikan Bilis Goreng Cili Padi

www.tips-fb.com
Sambal ni salah satu menu yg tak bolih dilupakan...tak dpt lauk lain pun takpe...sedap dan menyengat telinga....kalau makan lauk ni pada waktu sahur pun bolih jalan sesangat pekena dgn nasi panas2....jika masak kering2 bolih simpan dlm botol atau bekas kedap udara buat stok waktu kecemasan...resipi agak2 je...

Bahan-Bahan:-
Ikan bilis- dikopek dan dibersihkan
Cili padi + sedikit cili merah
Bawang besar/bawang merah (kena banyak baru sedap rasa manis bawang)
Asam keping - jika suka
Garam

Cara:-
1. Ikan bilis digoring hingga garing dan ketepikan
2. Cili dan bawang di blender halus
3. Panaskan minyak dan goreng cili yg diblender hingga garing dan wangi dan masukkan asam keping tapi jgn sampai hangus plk
4. bila dah kering masukkan ikan bilis yg digoreng tadi dan gaul sebati.

**Bolih disimpan dlm bekas kedap udara tapi kena goring cili hingga kering dan garing sedikit supaya tahan lama. Sejukkan sambal ni dulu baru simpan dlm bekas.

Share |

Ahad, September 13, 2009

Daging Blackpepper & Brokoli

www.tips-fb.com

Dah lama tak masukkan n3 masakkan...rindu plk rasanya,tak habis lagi nak kutip Kad Raya...sabar ye sahabat semua jgn kecil hati...akan dikutip dr rumah kerumah satu persatu...nak masukkan n3 ni dulu ye...menu ni masak pada hari cuti aritu...kalau hari keje..faham2 jelah ye...sedap resipi ni ambil dr umah Nor Ganu...best makan waktu berbuka dgn nasi panas2,nak masak pun ringkas je...tapi campur dgn brokoli sikit...tima kasih Nor,akak c&p je dan edit sikit mengikut kesesuaian...

Daging Black Pepper

Bahan2:-
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau - xde stok (gantikan dgn brokoli)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara2:-
1.Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2.Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. Sy renehkan dgn sedikit minyak yg telah dipanaskan sampai daging empuk(daging batang pinang msk sekejap aje)
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.
Share |

Pecal

www.tips-fb.com

Menu dihari yg sama dgn hidangan daging black peper...menu ni mmg fav. akak dan hb dibulan puasa...tapi kuah nya jangan tanya resipi tau....kuah nya ready made dlm kotak je,balik cuma bancuh dgn air panas je...senang je kan...beli kuah ni pun semasa pergi pameran jualan makanan aritu...sedap gak kuahnya mcm buat sendiri...terasa pedas,manis dan asam garam nya sekali...hb pun kata sedap....

Bahan:-
Kacang panjang - dikerat2 dan dicelur
Tauhu - digoreng dan dipotong2
Taugeh - dicelur
Telur - direbus dan dipotong2 mengikut kesukaan
Kuah pecal secukupnya
Share |

Jumaat, September 11, 2009

Koleksi Kad Raya Dr Sahabat2 Cyber

www.tips-fb.com

































KAD RAYA DR SUE - EMELYN'S GARDEN

KAD RAYA DR MIMI- PENANG

KAD RAYA DR MIZAN - T'GANU

KAD RAYA DR ZAI - SHAH ALAM

KAD RAYA DR LoVe

KAD RAYA DR IKA - BANGKOK

KAD RAYA DR HASUE

KAD RAYA DR AYMY - KUWAIT

KAD RAYA DR AM - J.BAHRU

KAD DR MAZ - BAHRIN


KAD DR MARIA - SABAH


KAD RAYA DR DEEJA - PERAK

KAD RAYA DR FIZA - KL

Share |