Jumaat, Februari 26, 2010

Meatballs in Tomato Sauce

www.tips-fb.com
Salam Maulidur Rasul semua...time cuti2 ni,rasanya ramai kengkawan yg gi berjalan2 dan gantung piuk belanga kot...cuti masak2...hehehe...arini tak kemana cuma keluar kejap dgn hb tengahari tadi gi melepaskan hajat selera nak makan hidangan nasi ayam penyet kat Wangsa Walk..kedai ni baru dibuka,selalu lalu je kat depan restoren tu...arini nak merasa plk...sedap gak,order dgn pecal nya sekali...punyalah pedas plk pecal tu...nak buat sendiri belum sampai seru lagi.Bila tegahari dah gantung piuk belanga,malam layan tekak dgn ala western plk...masa nak balik tadi beli sikit brg2 nak wat menu ni.. bak kata ika,selagi tak buat..mcm meroyan jer...resipi dah lama menunggu...resipi ni amik dr umah Ijan kat Finland tu..ramai gak dah cuba mcm Hana,Juwita@Ita,Ika...ada lagi tak?...mmg sedap meatballs in tomato sauce ni..makan dgn spegheti dan puas hati dgn rasanya..anak2 pun suka...tq Ijan,akak cnp resipi yer...


Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh - akak tak letak
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak/akak pun sama
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering - akak letak daun basil kering
  • garam
  • Sedikit gula - akak tmbh
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan

Cara-cara:
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.- akak bakar dlm oven suhu 180 selama 15 minit(mcm Hana)
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)

Share |

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam maulidur Rasul kak Zai,
Time kasih sudi mencuba... alhamdulillah akak dan anak2 suka... :)

Ijan

Tanpa Nama berkata...

salam kak zai...sedapnya nampak meatballs tu

ain berkata...

sedapnya kak zai!!! boleh mintak sikit takkkk...????hihi